Friday, September 18, 2015
Jom Kita Baca.... Himpunan Merah Juga Luahan Sah Suara Rakyat
SHAH ALAM : Himpunan Rakyat Bersatu atau himpunan merah yang menyaksikan
kebanjiran puluhan ribu peserta di ibu kota semalam, tidak wajar dilihat
sebagai 'tidak rasional' ataupun 'tiada motif' kerana ia merupakan
manifestasi sebahagian besar rakyat berhubung soal hak dan maruah yang
disalurkan menerusi cara yang sah.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata,
himpunan anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) yang didokong
oleh gabungan badan bukan kerajaan (NGO) membawa 'tuntutan' yang relevan
mengikut situasi semasa.
"Mungkin mereka merasakan bahawa selama ini kerajaan tidak mendengar
pandangan mereka, sudah tiba masanya kerajaan beri perhatian terhadap
suara ini.
"Mungkin sebelum ini kita tidak nampak motif kerana tak ada resolusi.
Namun apabila resolusi dikeluarkan, baru kita nampak apa tujuan
perhimpunan ini diadakan. Dan saya rasa sebahagian daripada desakan itu
sangat relevan dalam konteks NGO yang memperjuangkan kepentingan
kumpulan mereka," katanya kepada Antarapos.
Terdahulu perhimpunan merah itu dibidas beberapa pemimpin pembangkang
yang menyifatkannya lebih menjurus kepada unsur perkauman, kerana
bertujuan sebagai maklum balas kepada Perhimpunan Bersih 4.0 hujung
bulan lalu.
Ia turut mendapat kritikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamed dan bekas menteri kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz yang menyifatkan
penganjuran sedemikian boleh menggugat hubungan antara kaum, selain
didakwa tidak mempunyai tuntutan yang jelas.
Bagaimanapun ujar, Martadha masyarakat perlu melihat penganjuran
perhimpunan merah itu dalam konteks yang lebih besar iaitu hak untuk
masyarakat bersuara.
Sebagaimana Bersih 4.0, ujar pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia
(UUM) itu, himpunan merah juga membawa 'tuntutan' yang menuntut
perhatian kerajaan.
"Kerajaan dalam perkara ini perlu dilihat sama rata. Jika kerajaan
membenarkan Bersih mengadakan demonstrasi dan dalam masa yang sama kita
melihat perkara konstruktif daripada perhimpunan Bersih dulu, (maka kena
lihat) juga perkara konstruktif daripada himpunan merah baru-baru ini,"
katanya.
Dalam himpunan semalam, penganjur mengumumkan 14 resolusi, antaranya:
Mempertahankan demokrasi berpalimen;
Memupuk perasaan hormat cinta dan kesepaduan bangsa Malaysia;
Rakyat bersatu mempertahan kestabilan negara;
Bersatu menolak politik ala DAP yang mendalangi cauvanisme kaum tertentu;
Bersatu menolak percubaan menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi;
Mempertahankan hak dan kedudukan Melayu dan Bumiputera serta hak semua kaum lain, serta
mengembalikan semula ISA.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment