Sunday, September 06, 2015
Malaysian Insider Kaki Putar Belit – Rahman Dahlan
Pagi tadi, seorang wartawan The Malaysian Insider (TMI) bertanyakan
soalan berhubung respon saya terhadap kebimbangan sesetengah pihak yang
mengatakan bahawa penyiasatan ke arah YAB Perdana Menteri tidak akan
dapat dilaksanakan secara telus memandangkan mereka bertanggungjawab
kepada Perdana Menteri.
Saya menjawab bahawa jika pihak penyiasat bertanggungjawab kepada
sesiapa pun, orang ramai tetap akan menuduh pihak penyiasat sebagai
tidak telus.
Sebagai contoh, sekiranya mereka bertanggungjawab kepada Parlimen, orang
ramai akan berkata bahawa mereka tidak telus memandangkan ada lebih
ramai ahli parlimen BN di Parlimen berbanding pembangkang.
Walau pihak penyiasat bertanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong
sekalipun, orang ramai akan tetap menuduh Yang di-Pertuan Agong sebagai
menyebelahi sebelah pihak sahaja. Dengan kata lain, saya hanya
menjelaskan bahawa sekiranya pihak penyiasat bertanggungjawab kepada
sesiapa pun, orang ramai akan tetap menuduh mereka sebagai tidak telus.
Saya turut menambah bahawa pengundi-pengundi sahaja yang boleh
menentukan keputusan pilihanraya umum yang akan datang. Mereka boleh
terus mengundi kami, dan mereka jugalah yang boleh menghukum kami.
Malangnya, kenyataan saya ini telah diputarbelit oleh The Malaysian
Insider. Tajuk utamanya dengan gah mendakwa, “Tiada siasatan terhadap
Najib akan telus, kata menteri.” Tajuk berita ini ternyata sungguh tidak
bertanggungjawab.
Saya tidak pernah berkata sedemikian. Apa yang saya katakan adalah
bahawa sekiranya pihak penyiasat bertanggungjawab kepada sesiapa pun,
orang ramai akan tetap meragui ketelusan mereka.
Saya harap TMI akan lebih bertanggungjawab dan telus dalam laporan
mereka dan berhenti dari memutarbelitkan kenyataan-kenyataan saya. Saya
telah meminta mereka membetulkan laporan mereka dengan segera.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment