Monday, September 07, 2015
Orang Melayu Wajib Bertahankan Barisan Nasional...... Awas.. Melaka Tumpuan Serangan Pembangkang PRU14
Para pemimpin UMNO diseru agar mengenepikan segala permasalahan dalaman
kerana perbalahan dan perbezaan pendapat itu jika diheret hingga ke
pilihanraya ianya akan menyebabkan calon-calon UMNO/Barisan Nasional
(BN) kecundang.
Oleh itu semua pihak yang bertelagah dalam UMNO diseru agar mengenepikan
ketidakbersamaan itu bagi mengelakkan ianya berterusan sehingga
menyebabkan calon-calonnya kalah dalam pilihan raya nanti.
Gesaan itu dibuat oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmaf Zahid
Hamidi ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid
Tanah, di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Alor Gajah, Melaka,
Ahad.
Turut Hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ir Idris Harun, Ketua UMNO
Bahagian Masjid Tanah Dayuk Rauf Yusoh, Ahli Parlimen Masjid Tanah Yang
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Mas Ermeyati Samsudin, Ketua UMNO
Bahagian Jasin Datuk Ahmad Hamzah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri
Mohd Ali Rostam dan bekas Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Abu Seman
Yusof/
Menurut Zahid, dalam tempoh dua tahun lima bulan sebelum tarikh akhir
Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) sudah tidak ada masa lagi untuk terus
berbalah sesama sendiri.
Beliau melahirkan kebimbangannya apabila dimaklumkan bahawa antara
negeri yang menjadi tumpuan ‘serangan’ oleh pembangkang pada PRU akan
datang adalah Melaka.
Oleh itu, katanya, menjadi hasratnya sebagai Naib Presiden UMNO mahu
agar negeri Melaka terus di bawah kepimpinan Datuk Seri Ir Idris Harun
dan mahu semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang
sedia ada terus dipertahankan manakala kerusi-kerusi yang kecundang
dirampas kembali.
Zahid juga mengingatkan hampir 1000 orang perwakilan dan pemerhati yang
hadir bahawa anasir luar sedang cuba melemahkan UMNO dari dalam melalui
mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki yang sangat tebal.
Ketika berucap itu juga Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri memberitahu
sehingga pukul 8 pagi tadi (6 September 2015) sebanyak 267 laporan
polis diterima berhubung kes memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada
perhimpunan Bersih 4.
Menurut Timbalan Perdana Menteri empat individu dikenal pasti melakukan
perbuatan itu, namun lebih ramai peserta dijangka ditahan kerana disyaki
melakukan perbuatan tersebut.
“Tindakan (ke atas mereka) sedang dijalankan. Tolong hormati pemimpin,
kalau berbeza pandangan sekalipun, jangan hina dan memijak gambar
pemimpin.
“Dalam hal ini, saya lihat ada hikmahnya kerana atas nama pemimpin yang
dihina, Insya-Allah UMNO dan PAS akan mengambil tindakan sama terhadap
mereka yang terlibat,” katanya.
Zahid juga menegaskan bahawa beliau tidak lagi memberi amaran kepada
pihak yang menganjurkan perhimpunan haram di negara ini sehingga
mengganggu perpaduan dan ketenteraman rakyat yang telah terjalin sejak
sekian lama.
Zahid berkata, pihak polis akan segera ambil tindakan tegas bukan saja
kepada penganjur tetapi juga peserta yang jelas melanggar undang-undang
negara.
"Selepas ini, jangan marah polis, jangan marah Kementerian Dalam Negeri
dan jangan marah kerajaan, sebaliknya marah diri sendiri. Walaupun Akta
Perhimpunan Aman mengizinkannya, tetapi jika lokasi yang digunakan itu
tidak digazetkan (untuk perhimpunan) tindakan tegas menanti mereka.
“Ini negara demokrasi buat cara demokrasi. Suka saya sebut, penganjur
perhimpunan haram berkenaan tidak akan terlepas daripada tindakan
undang-undang,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment