Thursday, September 17, 2015

Pemimpin Pembangkang Usah Menggelupur Buat Tuduhan Yang Tidak Bermoral

KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah meminta agar pembangkang tidak menggelupur ibarat cacing kepanasan apabila cuba mengambarkan bahawa perhimpunan menifestasi Rakyat Bersatu sebagai satu perhimpunan rasis dan tidak bermaruah.
http://www.umno-online.my/wp-content/uploads/2014/04/ahli-majlis-tertinggi-umno-shamsul-anuar-nasarah-lenggong-perak.jpg
Tegasnya, tindakan beberapa pemimpin pembangkang menyerang UMNO perlihatkan mereka sebenarnya hilang moral apabila gagal melihat penyertaan ramai NGO, pertubuhan silat dan pelbagai pertubuhan lain termasuk orang perseorangan yang turut berhimpun dalam  perhimpunan di Padang Merbok semalam.

Pembangkang kata beliau lagi cuba mengalih isu dan perjuangan sebenar perhimpunan tersebut yang mahu negara ini benar-benar aman, makmur serta dapat di kongsi secara bersama sesuai dengan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.

“Rakyat negara ini perlu mempertahankan negara yang telah lama dibina dengan penuh perit jerih.

“Sudah sampai masa dan ketika kita mesti bersatu untuk mempertahankan negara ini supaya keselamatan, keamanan dan kemakmuran negara benar-benar dipertahankan serta menolak sebarang usaha pihak tertentu samada dari dalam dan luar negara untuk menghancurkan sesuatu yang telah lama kita bina di negara ini,” ujarnya kepada pihak media.

Beliau juga berharap perhimpunan ini akan dapat memberi isyarat kepada rakyat untuk terus bersama-sama mempertahankan negara walau apa cara sekalipun.

“Jangan kerana atas alasan mahu merampas kuasa kita menolak undang-undang dan peraturan. Kita tidak boleh mengambil negara dengan cara yang tidak sah dari segi undang-undang”, katanya.

Sementara itu seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin menegaskan masej perhimpunan aman Rakyat Bersatu ini jelas ingin memberitahu pihak tertentu di negara ini jangan cuba menganggu-gugat kestabilan perpaduan sedia ada.

“Melayu yang sentiasa mengalah tapi kita mengalah ada batasnya. Jangan cuba pijak maruah kita.

“Semua pemimpin dipilih melalui pilihan raya. Jika tidak suka, jatuhkan semasa pilihan raya. Jangan main kotor,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment