Monday, September 07, 2015
Penganjur Bersih 4 Terima Bil Pembersihan RM65,000
PETALING JAYA : Penganjur Perhimpunan Bersih 4 menerima bil pembersihan
RM65,000 daripada wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Terdahulu pegawai kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan gagal menemui rumah yang
betul untuk menyerahkan bil tersebut pada Sabtu.
"Kami menerima 'bil' walaupun kami membantu membersihkan jalan di
sekitar Kuala Lumpur," kata Bersih 2.0 di laman Twitternya pada Isnin.
Dalam Twitter itu turut dimuat naik gambar Pengerusi Bersih 2.0 Maria
Chin Abdullah menerima bil tersebut daripada seorang pegawai DBKL.
Terdahulu, penganjur Bersih menaikkan kain rentang dan papan tanda di
luar premisnya di Petaling Jaya untuk memastikan pegawai tersebut sampai
ke lokasi yang tepat.
Jawatankuasa tersebut turut mencetak notis dengan alamat lengkap Bersih
2.0 di Petaling Jaya dan papan tanda berbunyi Ibu Pejabat Bersih 2.0
yang diletakkan di pagar premis tersebut.
Lukisan anak patah berwarna merah turut ditampal di sebelah pagar supaya pegawai tersebut tidak terlepas premis No.13 itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment