Thursday, September 03, 2015
Perhimpunan Bersih 4 Hanya Agenda Murahan Politik Kaki Lima
KUALA LUMPUR : Tindakan penganjur ‘Bersih’ berdemonstrasi di
jalanan tidak lain dan tidak bukan hanyalah ingin menunjukkan kuasa
politik mereka yang berselindung di bawah persepsi-persepsi yang
diputarbelitkan sahaja, ujar Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia
(Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman.
Menurutnya lagi, itu tidak lebih hanya agenda politik murahan mereka
berkumpul beramai-ramai dengan dibawa bersama isu-isu yang dimanipulasi
yang bertujuan hanya untuk menggodam kestabilan politik negara.
“Dan paling menyedihkan ada dilaporkan di luar negara dalam dua ratus
ke tiga ratus orang rakyat Malaysia dari dalam dan juga yang berada di
perantauan melakukan perbuatan yang sama, membuat tunjuk perasaan di
tempat orang, berselindung atas nama hak asasi.
“Jadi, emosi semacam ini tidak baik bagi negara, baik kesan jangka pendek mahupun kesan untuk jangka masa panjang.
“Kita tidak mahu nama Malaysia diburuk-burukkan disebabkan
nafsu-nafsu politik atas nama sektor-sektor tertentu,” ujarnya kepada
pihak media.
Seterusnya,
dalam masa yang sama beliau turut menyatakan bahawa negara ini
mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan untuk memegang tampuk
pemerintahan negara adalah melalui sistem pilihan raya serta pembangkang
juga maklum mengenainya.
“Untuk mendapatkan kuasa politik di negara ini, kita ada medan halal,
iaitu melalui pilihan raya dan parlimen itulah letaknya gedung ilmuan
politik.
“Ilmuan politik itu yang merangkumi setiap lapisan masyarakat, yang
mempunyai wakil dari setiap parti politik baik dari pihak kerajaan
mahupun pembangkang dari seluruh negara.
“Dan sewajarnya di institusi tersebutlah menjadi medan ilmuan politik
berbahas, berbincang dengan menyentuh perkara yang berkaitan dengan
kepentingan rakyat.
Sehubungan itu, beliau tegas berpendirian janganlah memurahkan
perjuangan politik negara dengan cara berdemonstrasi di jalanan dan di
tepi kaki lima.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment