Sunday, September 06, 2015
Ramai Yang Akuiii Sebenarnya....Pentadbiran Najib Lebih Terbuka - Tunku Aziz
PUTRAJAYA : Kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
memperuntukkan lebih banyak kebebasan untuk rakyat berbanding pada zaman
sebelumnya, kata Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Ibrahim.
Beliau berkata sikap keterbukaan dan ruang tidak terdapat pada masa lalu dengan undang-undang yang menekan dikenakan.
"Sebaliknya, kerajaan di bawah Najib telah melakukan lebih baik. Di
bawah kerajaan sekarang... wujud lebih banyak keterbukaan dan ruang,"
katanya demikian semasa sesi bengkel pada Persidangan Antirasuah
Antarabangsa (IAAC) ke-16 di sini, Jumaat.
Beliau berkata peserta persidangan mungkin telah menyaksikan rakyat
berhimpun di jalanan selepas berada di negara ini - rujukan kepada
perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lepas.
Perhimpunan seperti itu tidak berlaku pada masa lalu, katanya.
Ketika itu, beliau berkata, ada kemungkinan bahawa peserta perhimpunan
akan berdepan dengan tembakan meriam air untuk menyuraikan mereka.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment