Thursday, September 17, 2015

Siapa Bunuh Kevin Morais? Apa Motifnya?

Kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais awal bulan yang lalu menjadi tanda tanya selepas hanya kereta miliknya sahaja yang ditemui tanpa pemilik. Namun persoalan dan keghaiban Kevin yang hilang begitu saja itu terungkai selepas mayatnya telah pun ditemui oleh pihak polis.

Misteri kehilangan Kevin terjawab selepas mayatnya ditemui dalam keadaan di simen dalam sebuah tong di Subang. Mayat Kevin berjaya ditemui hasil daripada maklumat dan pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara.

Selepas pengakuan itu dibuat, sekumpulan pegawai dan anggota STAFOC kemudiannya dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan kerja-kerja mencari mayat mangsa. Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 6 pagi semalam.

Susulan daripada penemuan mayat berkenaan, kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Lokasi tempat pembuangan mayat mangsa juga telah pun di tutup dari sebarang kunjungan orang awam.

Polis yakin kes berkenaan akan dapat diselesai secepat mungkin ekoran daripada penahanan dalang utama serta koncu-konco yang terlibat dalam kes terbabit.

Sebelum ini, Kevin telah dilaporkan hilang pada 4 September lalu elepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment