Thursday, September 17, 2015
Khir Toyo Mohon Pendengaran Semula Rayuan, Dakwa Hakim Mahkamah Rayuan Terkhilaf Tambah Maklumat Palsu
Peguam bela Tan Sri Shafee Abdullah, selasa lalu,
telah menghantar satu surat kepada Ketua Hakim Negara, Tun Arifin
Zakaria dan lima Hakim Mahkamah Persekutuan memohon agar diadakan
pendengaran semula kes Dr Mohamad Khir Toyo di Mahkamah Rayuan.
Menurut Shafee, sekiranya tiada pendengaran semula di Mahkamah Rayuan
pun, mereka memohon Mahkamah Persekutuan membenarkan mereka
membentangkan tambahan hujahan sebelum diumumkan keputusan pada 22
September nanti.
Kes Mohamad Khir telah didengar dihadapan panel lima hakim Mahkamah
Persekutuan; Tan Sri Zulkefli bin Ahmad Makinuddin, Tan Sri Ahmad bin
Maarop, Dato Hassan bin Lah, Dato Jeffery Tan Kok Hwa dan Datuk Ramly
Haji Ali.
Shafee Abdullah dalam suratnya mendakwa berlaku kekhilafan besar
dalam penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang menjejaskan keseluruhan
dapatan keputusan Mahkamah tersebut.
Menurut sumber, Shafee menyatakan Hakim Mahkamah Rayuan telah
amembuat kesilapan luar biasa apabila mendakwa Mohamad Khir pernah
menjadi pemegang saham salah sebuah syarikat Roniaga Sdn Bhd, milik
saksi kedua pendakwa yang juga individu dalam pertuduhan, Shamsuddin
Hayroni.
Kemasukan fakta ini dipercayai menjadi penyebab Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan sabitan oleh Mahkamah Tinggi.
Surat yang turut dihantar kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri
Raus Shariff dan Pejabat Peguam Negara turut antara lain menyatakan.
“Kami sukar memahami dari mana Mahkamah Rayuan mendapat kesimpulan
bahawa anak guam kami pernah menjadi pemegang saham kepada mana-mana
syarikat milik Shamsuddin terutama sekali Roniaga. Tidak ada sebarang
bukti di bawa dalam perbicaraan menunjukkan fakta sedemikian.
Juga tiada
sebarang asas untuk membuat dakwaan tersebut kerana ia tidak pernah
berlaku.“
Menurut Shafee lagi, kesilapan yang luar biasa ini menyebabkan Mahkamah Rayuan bersifat prejudis kepada Mohamad Khir.
Mohamad Khir sebelum ini dituduh memperoleh dua lot tanah dan sebuah
rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L untuk dirinya dan isteri,
Zahrah Kechik daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni, pada
harga RM3.5 juta. Ia lebih rendah daripada harga RM6.5 juta yang
dibayar oleh Ditamas pada 2004.
Khir dalam pembelaannya mendakwa beliau membeli sebuah rumah yang
terbengkalai dan mengikut penilaian dari penilai hartanah yang diiktiraf
dan pinjaman bank HSBC.
Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Mohd Khir dan mendapati beliau
bersalah lalu menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan arahan merampas
harta tersebut.
Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan menjatuhkan hukuman.
Mahkamah Persekutuan dijangka mengemukakan keputusan akhir rayuan Mohd Khir pada 22 Sepetember ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment