Thursday, September 17, 2015

Takut Kerusi MB Melayang Di Selangor, PKR Cuba Berlagak “Hero Penyelamat”

KUALA LUMPUR : Tindakan PKR yang cuba menjadi ‘hero’ dan ‘juara’ dalam menyatukan kembali DAP dan Pas yang sebelum ini boleh dikatakan bercerai ‘talak tiga’ hanyalah semata-mata untuk mengekalkan staus-quo mereka yang hari ini menerajui kerajaan negeri Selangor.
pas dap patah 
Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin berkata hakikat berkenaan ada asasnya dan perkara tersebut tidak boleh dinafikan oleh pihak-pihak berkaitan kerana cukup jelas dan nyata.
https://dupahang.files.wordpress.com/2009/03/fairus_guan_eng_2_new.jpg
Menurut beliau PKR sudah tentu akan berusaha sedaya upaya untuk menjadi pendamai atau apa sahaja gelaran sekali pun kerana hari ini kedudukan kerusi Menteri Besar berada di dalam gengaman mereka dan sebarang kemungkinan yang berlaku kelak sudah tentu sedikit sebanyak akan menjejaskan kedudukan PKR sebagai peneraju negeri.

“Walau pun pada atas kertas mereka berkongsi parti memerintah Selangor, hakikatnya kerusi Menteri Besar dipegang oleh mereka dan tidak peliklah PKR akan berusaha sedaya upaya dan menjadi juara kepada pertembungan antara DAP dan Pas.

“Percayalah dalam apa jua keadaan sekali pun PKR tidak sama sekali akan meninggalkan Pas di dalam pakatan baru sepertimana yang digembar-gemburkan gara-gara mengekalkan status quo mereka di negeri berkenaan,” katanya kepada pihak media, di sini, hari ini.

PKR dilapor bakal mengadakan persidangan meja bulat pada Selasa depan bagi membincangkan pembetukan pakatan pembangkang baharu.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya sejak sebulan lalu sudah mengambil inisiatif untuk bertemu dan berbincang dengan pimpinan parti pembangkang.

PKR dikritik penyokong pembangkang kerana mengajak Pas menyertai pakatan pembangkang baharu kerana parti Islam itu dianggap sebagai punca Pakatan Rakyat berpecah Julai lalu.

Fairus seterusnya menegaskan tindakan PKR yang berusaha bersungguh-sungguh memastikan kehadiran Pas di dalam pakatan baru memperlihatkan parti berkenaan tidak yakin terhadap penubuhan parti baru pimpinan bekas Timbalan Presiden Pas Muhamad Sabu, Amanah.

Malah tindakan itu juga tambah beliau lagi memperkecilkan kebolehan parti terbabit serta keupayaan PKR itu sendiri dalam meraih undi rakyat khususnya undi kaum Melayu pada pilihan raya yang akan datang.

“Saya kira mereka akan terus bergantung harap kepada parti Pas kerana mereka sedar dan tahu senario sebenar apabila menjelangnya pilihan raya umum. Sebab itulah sebolah-bolehnya PKR akan menyediakan tempat untuk posisi Pas dalam pakatan baru.

“Cumanya kepada Pas…takkanlah mahu bersama lagi setelah apa yang berlaku sebelum ini. Saya harap Pas insaf dan sedar situasinya nanti,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment