Thursday, September 17, 2015
DAP Terpaksa Canang Lagu Karut Lama “Rasis” Bila Digegar Baju Merah
KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed
Ali Alhabshee menyangkal dakwaan kononnya UMNO rasis dan hanya
memperjuangkan kepentingan orang Melayu.
“Ya, UMNO pertahankan Melayu, ratusan ribu ahli UMNO akan bangkit
jika keadaan sudah melampau, tetapi kita bukannya rasis,” tegas beliau.
Beliau
berkata, dakwaan tersebut sengaja dicanangkan oleh parti pembangkang
terutama Dap setelah melihat perhimpunan ‘baju merah’ yang menghimpun
ratusan ribu umat Melayu di Kuala Lumpur semalam.
“Dakwaan UMNO rasis karut, UMNO tidak sepertimana Dap, tuduhan itu
diputarbelit setelah mereka menyedari orang Melayu masih ada maruah dan
harga diri,” tegasnya dalam entri terbaru di
umnobahagiancheras.blogspot.com.
Beliau berkata, perjuangan UMNO berpaksikan kepada semangat
kebangsaan di samping menjunjung syariat Islam sebagai agama rasmi
negara ini.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO / BN Wilayah
Persekutuan menjelaskan, jika maruah orang Melayu dan kesucian Islam
diperlekeh dan dipersendakan, UMNO pasti akan bangkit mempertahankannya.
“Semalam, UMNO sudah buktikan, mesejnya ialah orang Melayu akan
bersatu daripada segenap penjuru untuk menentang sebarang petualang,”
tegasnya.
“Dap termasuk bukan Melayu harus ingat, UMNO serta orang Melayu tidak akan selama-lamanya berdiam diri,” tegasnya.
Dap katanya, tidak pernah menyangka bahawa orang Melayu akan bangkit
mempertahankan hak dan maruah mereka setelah sekian lama dipersendakan
oleh bukan Melayu.
Katanya, sebelum ini Dap termasuk golongan anti-kerajaan berbangga
dengan perhimpunan haram BERSIH sambil mendakwa UMNO tidak mempunyai
kekuatan.
Oleh sebab itu ujar beliau, perhimpunan BERSIH 4 telah mengumpul
bukan Melayu terutama orang Cina bagi menunjukkan mereka telah bersatu
untuk menentang UMNO.
Bagaimanapun katanya, percaturan Dap termasuk PKR ternyata silap
kerana UMNO masih relevan dan mendapat tempat di hati orang Melayu.
“Perhimpunan baju merah semalam telah menyedarkan mereka bahawa orang
Melayu tidak boleh lagi bersabar, orang Melayu akan berganding bahu
apabila keadaan sudah meruncing,” tegasnya.
Tambah beliau, perhimpunan baju merah semalam juga turut membuktikan
orang Melayu boleh bersatu tanpa mengira perbezaan idealogi politik.
Menurut Syed Ali lagi, jika UMNO rasis sudah lama bukan Melayu tidak mendapat tempat di negara ini.
UMNO katanya, sentiasa mendokong prinsip setiakawan dalam Barisan
Nasional (BN) dan menghormati hak serta kebebasan bukan Melayu.
Tegasnya lagi, UMNO walaupun memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu tetapi tidak pernah berlaku zalim kepada bukan Melayu.
“Selaku tonggak kerajaan BN, UMNO melihat perpaduan dan kerjasama
antara kaum dan agama menjadi teras kepada pembentukan budaya bangsa,”
tegasnya.
Atas prinsip itu jelas beliau, UMNO masih mampu bertahan dan BN tetap
diyakini rakyat berbilang kaum walaupun diasak oleh pembangkang.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali berharap kerajaan akan
mendengar suara ratusan ribu ahli-ahli UMNO yang mahu akta ISA
dikembalikan semula bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.
“Ratusan ribu yang berhimpun semalam mahukan kerajaan mengembalikan
semula akta ISA, jadi saya harap suara itu akan diberikan perhatian oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” tegasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment