Thursday, September 17, 2015

‘Himpunan Rakyat Bersatu’ Seru Kecintaan Kepada Negara, Pemimpin

KUALA LUMPUR : Ucapan beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan pada “Himpunan Rakyat Bersatu” menjurus kepada seruan meminta masyarakat cintakan tanah air dan menghormati pemimpin negara.

Perhimpunan “Baju Merah” di Padang Merbok, di sini, juga menolak perhimpunan anjuran Bersih pada 29 dan 30 Ogos lepas serta menempelak insiden memijak gambar pemimpin semasa perhimpunan itu.
12002551_1218205918205154_3511975538495649414_o
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata insiden memijak gambar pemimpin termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu perbuatan keji.
“Mereka hina Najib dengan memijak gambarnya, kalau tak suka jangan pijak gambar dia.

“Dia pemimpin untuk seluruh rakyat Malaysia, dia dipilih secara demokrasi. Kita bantah sama sekali Bersih,” katanya.

Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), Jamaluddin Yusof menyeru masyarakat agar tidak membiarkan isu agama, bangsa dan tanah air diperkotak-katikkan.

“PEKIDA sanggup berkorban apa sahaja demi bangsa, agama dan negara,” katanya.

Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin memberikan amaran kepada Bersih agar tidak mengulangi perbuatan memijak gambar pemimpin.

“Jangan jolok sarang tebuan. Kita diam bila dia buat Bersih 1, Bersih 2 Bersih 3, kita buat tak nampak. Tetapi bila Bersih 4, dia pijak gambar pemimpin ia telah bangkitkan kemarahan kita,” katanya.

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata pemimpin terdahulu telah membuat pilihan untuk menerima sistem demokrasi  berparlimen bagi memastikan masyarakat majmuk dapat hidup dengan aman.

“Kita tak ada pilihan lain tapi itulah yang terbaik. Kita terima sistem demokrasi parlimen atas sebab itu ada tolak ansur,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment