Thursday, September 17, 2015

Himpunan Rakyat Bersatu Tidak Boleh Dikaitkan Dengan Provokasi Perkauman

KUALA LUMPUR : Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan di sini semalam tidak boleh dikaitkan dengan isu provokasi perkauman, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata sebaliknya perhimpunan itu dilihat sebagai tindak balas dan kebangkitan oleh individu yang tidak menyokong perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lepas.
http://epubbud_uploads.s3.amazonaws.com/13453391/ZZ83M6HJ/4.jpg
“Saya lihat ia tidak membawa ke arah itu, mungkin ada juga yang berfikiran macam itu tetapi tidak sampai kepada pergaduhan,” katanya ketika ditanya pemberita di sini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan yang bersara Ogos lepas.

Abdullah turut mengingatkan mana-mana pihak yang ingin menyertai perhimpunan supaya tidak melakukan tindakan yang boleh mencetuskan pergaduhan.

“Kalau hendak pakai baju warna apa sekalipun untuk berhimpun boleh tetapi jangan sampai berkelahi, jika ada yang bergaduh hanya akan membawa perkara yang tidak baik,” kata Abdullah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment