Wednesday, August 26, 2015
Khalid Samad Berkeras Tak Akan Keluar PAS Walaupun Dipaksa
Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) yang terbentuk dari ahli Pas yang
tewas pada pilihan parti lalu enggan melepaskan jawatan yang dimenangi
pada pilihan raya lalu atas tiket parti Islam itu.
Menurut Ahli Parlimen Shah Alam (Pas), Khalid Abdul Samad, wakil rakyat
Pas yang menyertai GHB tidak sama sekali akan melepaskan jawatan mahupun
keluar dari Pas sehingga GHB di isytihar sebagai sebuah parti.
Jelasnya, mereka tidak akan keluar dari Pas kerana enggan menjadi wakil
rakyat bebas kerana dikhuatiri kurang mendapat populariti.
"Kami tak akan keluar Pas, kami tak nak jadi wakil rakyat bebas. Kalau
kami keluar Pas, kami akan jadi wakil rakyat bebas. Itu kami tak mahu,"
kata Khalid Samad.
Khalid menegaskan, mereka tidak perlu lagi keluar dari parti itu kerana
keahlian mereka sebagai ahli Pas akan gugur secara automatik apabila GHB
terbentuk sebagai sebuah parti.
Khalid turut mengatakan, jika mereka keluar dari Pas 'saham' mereka ini
sama seperti Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dan Ahli
Parlimen Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim
"Kami tak akan keluar, kami hanya tunggu Harapan Baru terbentuk sebagai
sebuah parti, pada masa itu keanggotaan kami sebagai ahli Pas akan gugur
dengan sendirinya.
"Jika kami jadi wakil rakyat bebas, kami kena duduk dengan Khalid
Ibrahim di Parlimen. Kami tak nak duduk dengan dia, nanti jatuhlah taraf
kami macam Ibrahim Ali. Sebab itu kita nak ada parti, bila kita duduk
dalam Parlimen, kita akan dilihat sebagai satu parti," katanya.
Sudahlah mengkhianati parti dengan menubuhkan sebuah parti baru, tetapi
enggan melepaskan keahlian dan jawatan yang dimenangi atas tiker Pas
pada pilihan raya lalu.
Adakah pemimpin GHB lebih awal mengaku kalah kepada Pas dengan enggan berdiri dengan sendirinya??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment