Wednesday, August 26, 2015
Muhyiddin Akan Sertai Perhimpunan #BERSIH4 ?
Gerakan Harapan Baru (GHB) berbesar hati menjemput bekas perdana
menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turut serta dalam himpunan
Bersih 4.0 yang akan berlangsung pada 29 dan 30 Ogos ini.
Jemputan itu dibuat menerusi Gerakan Anak Muda Harapan Baru (GAMHB) bagi
menjemput bekas perdana menteri itu untuk memperjuangkan hak rakyat
kononnya.
Ketua penyelarasnya, Mohd Sany Hamzan berkata, GHB amat berharap
Muhyiddin dapat turun bersama dalam perhimpunan yang diadakan ini bagi
menyokong mereka mendesak Datuk Seri Najib untuk berundur demi
menyelamatkan Malaysia.
"Kami percaya sebagai bekas timbalan perdana menteri, Muhyiddin dapat
bersama perhimpunan yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini bagi
menyokong perdana menteri untuk berani keluar perjuangkan masa depan
rakyat.
"Yang kita maklum sekarang ini, keadaan negara kita amat sakit, ekonomi menjunam dan keadaan politik yang tak menentu.
"Sebab itu rakyat mengharapkan Muhyiddin dapat bersama dengan semua
parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO), bersama dalam himpunan
Bersih ini," katanya.
Difahamkan surat jemputan kepada Timbalan Presiden Umno itu telah
dihantar GAMHB ke rumah Muhyiddin pagi tadi di Jalan Setiabakti, Kuala
Lumpur.
Adakah Muhyiddin akan menerima jemputan ini untuk turut menyertai
himpunan itu??? Jika Muhyiddin dilaporkan turut serta dalam perhimpunan
itu, jelas sekali menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu seorang
pengkhianat kepada parti dan pemimpin.
Selain itu, amat sesuailah beliau menyertai GHB yang gilakan kuasa yang
sanggup merosakkan parti sendiri demi jawatan yang diidamkan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment