Sunday, September 06, 2015
13 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Datuk Nurulhidayah Zahid
Kuala Lumpur : Sejak kebelakangan ini, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid
yang menyelar perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung hujung minggu lalu
dan menganggap sebagai satu ‘kerja bodoh’ menjadi perhatian rakyat
Malaysia.
Malah, selepas perhimpunan Bersih 4 yang dikategorikan haram oleh
kerajaan itu, beliau menjadi perbualan orang ramai sehingga status dan
gelaran Datuk yang dibawanya menjadi persoalan netizen di media sosial.
Tetapi, sejauh manakah anda mengenali Nurulhidayah?
Berikut adalah 13 perkara yang anda perlu tahu mengenai Nurulhidayah.
1. Nurulhidayah Ahmad Zahid merupakan anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
2. Beliau berusia 36 tahun dan dilahirkan pada tahun 1979.
3. Nurul memperolehi ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari UPM pada tahun 2012.
4. Anak TPM itu menyandang jawatan sebagai Ketua Komunikasi Bahagian Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
5. Beliau pernah mengacara rancangan Inspirasi Ramadan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
6. Gelaran Datuk diterima berasaskan kerjaya beliau sebagai Ketua Komunikasi Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad.
7. Nurul juga pernah menyertai Rejimen Askar Wataniah sebagai seorang
sukarelawan ketika ayahnya, Ahmad Zahid berperanan sebagai Menteri
Pertahanan.
8. Datuk Siti Nurhaliza, Shaheizy Sam, Intan Ladyana, David Teo, Ana
Raffali dan Aizat Amdan merupakan antara selebriti tempatan yang turut
menyertai Askar Wataniah bersama Nurul.
9. Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza merupakan antara rakan karib Nurul.
10. Selain penglibatan aktif dalam bidang sukarelawan, Nurul juga
mempunyai bakat dalam bidang fesyen. Beliau merupakan seorang pereka
fesyen hijab di Couverture KL.
11. Berusia 36 tahun, Nurul merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak.
12. Nurul mempunyai seorang adik lelaki, Ahmad Khairul Hafiz.
13. Beliau juga pernah memiliki sebuah syarikat pengurusan acara, Karya Bonda Sdn Bhd dari tahun 2007 hingga 2012.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment