Monday, September 07, 2015
Adakah Anak Bekas Ketua Polis Dibayar DAP Untuk Burukkan PDRM?
Iman tidak dapat diwarisi adalah peribahasa tepat menggambarkan sikap
bekas wartawan jenayah Najib Abdul Rahman yang sekarang ini menjadi alat
kepada Malaysiakini menyerang Polis Di Raja Malaysia.
Najib Abdul Rahman ialah anak kepada bekas Ketua Polis Negara, Abdul
Rahman Hashim, yang ditembak mati oleh komunis pada 7 Jun 1974.
Sehingga kini beliau yang berusia 68 tahun telah dua kali menyerang
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai tidak layak menjadi
Ketua Polis Negara kerana tidak mempertahankan tindakan Putrajaya
menukar Timbalan Ketua Cawangan Khas ke Bahagian Keselamatan Negara,
Jabatan Perdana Menteri.
Dalam wawancara pertama dengan Malaysiakini beliau mendakwa Khalid Abu
Bakar tidak mempunyai keberanian seperti bapanya untuk mempertahankan
pasukan Polis.
Pertamanya, siapa Najib ini untuk mempersoalkan pengurusan pasukan Polis
Di Raja Malaysia. Beliau tidak pernah menjadi anggota Polis apatah lagi
mempunyai maklumat dalam pentadbiran polis hari ini.
Latar belakang beliau sebagai anak bekas Ketua Polis Negara pada tahun
70-an tidak memberi apa-apa kredebiliti bahawa kenyataan beliau
berasaskan sumber dalaman. Beliau juga tidak mempunyai pengalaman dalam
pengurusan dan kepimpinan anggota polis. Bagaimana beliau layak memberi
kenyataan sedemikian?
Keduanya, beliau berkata kepada Malaysiakini,
“My father made the supreme sacrifice for the police force by taking seven bullets.
“I can’t see any other IGP who will do that. Can you?
“Which is why when leadership of the police is concerned, I use my
father as the benchmark,” Najib Abdul Rahman, 68, told Malaysiakini.
Pada usia 68 tahun beliau mungkin telah lemah fikiran apabila mendakwa
bapanya berkorban nyawa ke atas pasukan polis dengan menerima tujuh
tembakan.
Kita tidak menafikan jasa bapanya Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang
ditembak mati oleh Komunis di Kuala Lumpur pada 1974. Namun menyatakan
bapanya berkorban nyawa menyelamatkan pasukan Polis dengan menerima
tujuh tembakan dari komunis sangat tidak masuk akal dan melucukan.
Bapanya ditembak komunis bukannya kerana ada pilihan untuk menyelamatkan
pasukan polis atau mana-mana anggota polis. Malah bapanya bukan “front
liner” atau barisan hadapan dalam melawan komunis.
Sebaliknya ia diserang hendap oleh komunis dan ditembak mati tanpa
sebarang pilihan atau keperluan mengorbankan diri untuk menyelamatkan
sesiapa.
Jika mahu mempersoalkan kredebiliti bapanya, kita juga boleh berkata
bagaimana bapanya, sebagai Ketua Polis Negara ketika itu, begitu cuai
dan tidak cekap sehingga menyebabkan diserang hendap di ibu negara Kuala
Lumpur, yang sepatutnya menjadi kawasan paling selamat negara pada masa
tersebut.
Bukankah ia sekadar membuktikan bapanya sebagai Ketua Polis Negara
ketika itu telah gagal mengumpul maklumat yang secukupnya dalam menjaga
keselamatan dalam negeri.
Lebih malang, jika dulu Abdul Rahman Hashim menjaga keselamatan negara
dari ancaman komunis, hari ini anaknya menjadi alat kepada portal
Malaysiakini, yang pernah kelihatan pro-komunis Malaya dan Chin Peng
beberapa tahun lalu, untuk menjejaskan semangat anggota polis.
Sangat malang anak bekas Ketua Polis Negara ini diusia 68 tahun, tapi
sibuk memberi kenyataan akhbar memburukkan Polis. Adakah beliau menerima
apa-apa bayaran daripada DAP?
Nota : Dimaklumkan gambar dalam penerbitan Malaysiakini bukan gambar
Najib Abdul Rahman, tetapi gambar bapa mertua anak Najib Abdul Rahman.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment