Monday, September 07, 2015
Zalim Lagikah Kerajaan Kita Ini.... Kerajaan Hapus Caj 10 Peratus Selenggara PPR
Kerajaan memansuhkan polisi yang mewajibkan penduduk Projek Perumahan
Rakyat (PPR) di seluruh negara membayar caj 10 peratus bagi menampung
kos penyelenggaraan kemudahan yang rosak khususnya lif.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Datuk
Abdul Rahman Dahlan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira
faktor kos penyelenggaraan tinggi yang akhirnya akan membebankan
penduduk di kawasan berkenaan.
Sebelum ini jelasnya, kerajaan menampung 90 peratus kos penyelenggaraan itu manakala 10 peratus lagi ditanggung oleh penduduk.
“Saya melihat dasar ini sudah tidak relevan kerana kos penyelenggaraan
amat tinggi yang di luar kemampuan sehingga membebankan mereka, maka
kita putuskan untuk menghapuskannya dan akan menanggung sepenuhnya kos
menyelenggara kemudahan terutamanya lif.
“Tetapi dalam hal ini, kita memberi keutamaan kepada aspek keselamatan
seperti lif, pendawaian elektrik dan penghadang,” katanya dalam sidang
akhbar selepas melawat PPR Wangsa Sari, Wangsa Maju hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan
Komuniti, Wan Muhammad Ghazali Nor dan Pengerusi Persatuan Penduduk PPR
Wangsa Sari, Mustafa Arbain.
Jelas Abdul Rahman, inisiatif itu selari dengan hasrat Perdana Menteri
yang mahu nasib penduduk rumah kos rendah sentiasa terbela, dibantu dan
diberi keutamaan.
“Kita (kementerian) mempunyai peruntukan RM140 juta untuk dibelanjakan
bagi tujuan berkenaan, malah pihak seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) juga mempunyai peruntukan ssendiri bagi tujuan itu bagi membantu
penduduk,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Rahman memberitahu, keputusan itu bagaimanapun
tidak melibatkan kerja menceriakan dan mencantikkan kawasan PPR seperti
membuat landskap taman, mengecat semula mahupun membina gelanggang
futsal.
“Keutamaan kita adalah aspek keselamatan, kita tidak mahu lagi penduduk
terpaksa panjat tangga sehingga tingkat 17 gara-gara lif rosak, apa akan
jadi kepada warga emas dan orang yang sakit.
“Kita juga tidak mahu berlakunya kebakaran berpunca daripada masalah
pendawaian dan juga penghadang di PPR ini yang pecah sehingga mengancam
nyawa penduduk,” jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment