
Monday, September 07, 2015
Cukuplah Hamid Bador, Jangan Malukan Cawangan Khas
Tindakan bekas Timbalan pengarah Cawangan Khas
PDRM Datuk Abdul Hamid Bador mempertikaikan arahan pertukaran tugas
beliau merupakan satu pelanggaran disiplin yang serius dan sangat
memalukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Abdul Hamid perlu sedar bahawa sebagai kakitangan kerajaan dan
anggota Polis beliau tertakluk kepada arahan pertukaran, perpindahan dan
perubahan jawatan yang difikirkan perlu oleh Pentadbiran Putrajaya,
Kementerian Dalam Negeri dan Polis Di Raja Malaysia.
Sebagai sebuah badan besar yang menjaga keselamatan dan keamanan
negara, pertukaran dan perpindahan jawatan dan perubahan skop tugas
dalam pasukan PDRM adalah perkara yang sentiasa berlaku dan terus
berlaku. PDRM akan terus melakukan perubahan dari masa ke semasa bagi
berhadapan dengan cabaran semasa dan penambahbaikan perkhidmatan.
Apa akan terjadi kepada disiplin Polis jika semua anggota Polis
bertindak seperti Abdul Hamid? Apa akan terjadi jika anggota yang tidak
berpuas hati kena berpindah turut membuat pelbagai kenyataan terbuka?
Abdul Hamid sebagai bekas orang nombor dua cawangan khas tentu memahami kepentingan disiplin dan pasukan dan kerajaan.
Malangnya, sejak diarah bertukar beliau telah membuat pelbagai
kenyataan media dan menyebarkan gosip-gosip politik. Lebih memalukan
beliau secara terbuka mempertikaikan arahan pertukaran dan perpindahan
yang dibuat oleh pegawai atasan beliau.
Arahan perpindahan bukan salah satu daripada FAKTOR yang membolehkan
seseorang anggota Polis atau tentera melanggar atau mempertikaikan
arahan.
“Cukuplah Abdul Hamid, redhalah dengan pertukaran ini. Jika tidak
berpuas hati buat aduan mengikut saluran. Tindak-tanduk tuan melanggar
disiplin anggota Polis ini menunjukkan arahan pertukaran tersebut sangat
tepat. Tuan tidak lagi mempunyai kredebiliti sebagai anggota Polis,
apatah lagi untuk berada dalam cawangan Khas.”
Jika kita tidak mahu menerima arahan, tidak mahu ditentukan tempat
bertugas dan sko bertugas oleh pihak lain, berhenti bekerja dengan
organisasi.
Berniaga atau bekerja sendiri adalah pilihan kepada mereka yang tidak
boleh menerima arahan dan perubahan tempat kerja. Anda bebas untuk
bekerja di mana dan berbuat apa sahaja selagi tidak melanggar
undang-undang.
Selagi anda bekerja dengan kerajaan atau syarikat swasta selagi itu anda tertakluk kepada keputusan majikan anda!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment