Thursday, September 03, 2015
Adik Sultan Johor Anggap Mufti Perak "Bahalol" ???
Demikianlah antara kenyataan berbaur penghinaan yang dilemparkan kepada
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria oleh Tunku Aris Bendahara Johor,
Tunku Abdul Majid Sultan Iskandar.
Kenyataan yang dibuat melalui akaun Facebooknya itu bertujuan menyelar
fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Perak mengenai hukum mengulingkan
kerajan.
Harussani sebelum ini berkata, sekiranya pemerintah yang dilantik itu
zalim, ia menjadi jihad kepada rakyat untuk menasihatinya, bukan
menggulingkannya.
“Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun tetapi tindakan
menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak melakukan tindakan
sedemikian.
“Dan disebabkan itu diwajibkan bagi setiap umat Islam untuk menasihati
pemimpin dan tindakan menasihatkan pemimpin zalim itu adalah jihad
terbesar,” katanya memetik laporan yang dikeluarkan sebuah portal online
20 Ogos lalu.
Kenyataan Tunku Abdul Majid yang juga merupakan adinda Sultan Johor itu
berjaya meraih sokongan para penyokongnya yang turut sama memperlekehkan
kenyataan tersebut.
Terdahalu beliau turut dilihat menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh
bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut berhubung himpunan haram Bersih 4.0
yang disifatkan sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.
Tunku Abdul Majid turut membidas kenyataan tersebut sambil menggesa agar
bekas mufti itu tidak lagi membangkitkan isu halam haram berhubung isu
tersebut.
“Apa ke jadah ni!!!.
“Noh Gadot ni dulu cita2 nak jadi menteri umno tapi tak dapat perkenan
Almarhum jadi tak payahlah bangkitkan isu halal dan haram dalam ini.
Memilih pemimpin dan mengundi adalah Hak rakyat dalam sistem Raja
berpelembagaan, hal ehwal orang melayu dan agama islam adalah tanggung
jawab raja-raja melayu. Takde cakap pun berhimpun itu halal atau pun
haram” ujarnya melalaui akaun Facebooknya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment