Monday, September 07, 2015
Amanah Belum Tetap Pendirian Mengenai Hudud....Memang Kau Ni BARUA DAP
PETALING JAYA : Parti Amanah Negara (Amanah) tidak mempunyai pendirian
khusus berhubung cadangan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.
Pengerusi penajanya, Mohamad Sabu berkata Amanah hanya akan menetapkan
pendirian mereka berhubung undang-undang Islam itu setelah mendapat
konsensus komponen pembangkang.
Amanah yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS dari kumpulan progresif
dikatakan akan membentuk Pakatan Rakyat 2.0 bersama DAP dan Parti
Keadilan Rakyat (PKR).
"Kami mengambil pendirian sebarang rang undang-undang apa sekalipun
termasuk undang-undang syariah, hendaklah dibincangkan terlebih dahulu
di atas konsep pegangan perjuangan kami iaitu memilih secara demokrasi,
konsultasi dan mengambilkira Perlembagaan negara.
"Sekiranya isu ini timbul pada masa akan datang, persetujuan di antara
parti-parti dalam Pakatan Rakyat 2.0 jika ianya terbentuk nanti,
hendaklah dibincang bersama terhadap sebarang pindaan Perlembagaan atau
hal-hal yang terlalu penting, sama ada untuk bersetuju ataupun tidak,"
katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Jelas Mohamad yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Sabu, tidak
timbul laporan yang mengatakan bahawa wakil rakyat Amanah akan mengundi
bagi menolak rang undang-undang hudud jika ia dibentangkan di Parlimen.
"Saya jelaskan sekali lagi, sebarang persetujuan atau penentangan
hendaklah dibincangkan bersama dalam komponen Pakatan Rakyat 2.0 untuk
bersetuju atau tidak, di atas konsep persetujuan bersama yang menjadi
pegangan kepada kami," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment