Monday, September 07, 2015
Polis Tahan Individu Hina Pegawai Trafik Wanita
KUALA LUMPUR : Polis Kluang menahan seorang individu yang menghina
mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen di dalam catatan di laman
Facebooknya.
Tagum meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari Ahad semasa dirawat
di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang selepas dirempuh
seorang mat rempit dalam Ops Roda/Rempit di Km 58, Jalan Batu
Pahat-Mersing, Johor.
Antara penghinaan yang dibuat individu berkenaan terhadap mendiang ialah
"Mampus juga kau... setelah sekian lama menyusahkan orang."
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
menerusi akaun twitternya di samping mengucapkan syabas kepada Jabatan
Siasatan Jenayah Daerah Kluang atas kejayaan menahan suspek itu.
"Syabas JSJ@PDRM Kluang yang berjaya tangkap orang yang menghina
mendiang Inspektor Margaret-Trafik Kluang sebentar tadi," katanya
menerusi laman twitter rasminya.
Mayat mendiang akan dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur pada pukul 9.25 pagi dan dijangka tiba di Kompleks MASKargo di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching 11.15 pagi Isnin.
Mangsa sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di hospital
itu selepas dirempuh oleh seorang Mat Rempit pada pukul 2.40 pagi ketika
Tagum sedang melakukan sekatan jalan raya bersama 20 anggota trafik dan
pasukan sukarelawan polis.
Rempuhan itu menyebabkan Tagum patah tangan, tulang pinggul dan kaki selain mengalami pendarahan dalaman.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment