Monday, September 07, 2015

Ingat Bai'ah... MP Kuala Terengganu Raja Bahrin Di Desak Letak Jawatan

Ini buktinya...Pesuruhjaya PAS negeri, Satipul Bahri Mamat tunjuk gambar Ahli Parlimen Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah ketika sedang melakukan baiah depan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum pilihnaraya umum ke 13.

Baiah ini dilakukan pada 18 April 2013 di Rusila, Marang.

Satipul tunjuk gambar ini dalam sidang akhbar di Kuala terengganu Ahad ketika mendesak Raja Bahrin kosongkan kerusi Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang dimenanginya atas tiket PAS pada PRU13.

Ini kerana beliau sudah menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dan menjadi pengerusi untuk negeri Terengganu.

"Beliau secara sukarela telah melafazkan sumpah baiah itu di depan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, saksi-saksi, kepimpinan PAS dan calon PAS untuk pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

"Antara yang terkandung dalam lafaz sumpah itu ialah beliau perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen sekiranya meninggalkan parti, melompat parti atau dipecat," katanya.

















"Selain itu, lafaz sumpah yang dibaca ialah sekiranya beliau melakukan perkara tersebut, maka pendapatannya dan elaun yang diterima sebagai wakil rakyat itu adalah haram.

"Sebab PAS Terengganu mendesak agar beliau segera meletak jawatan kerana beliau sendiri yang bersetuju untuk melakukan baiah ini ketika mahu menjadi calon," katanya.

Bagaimanapun, lafaz baiah bagi calon pilihan raya di Terengganu tidak membabitkan taklik perceraian talak tiga bersama isteri mereka kerana ia hanya dilaksanakan di Kelantan, katanya.

Isteri raja Kamarul Bahrin ialah penyanyi Noryn Aziz.

Kata Satipul desakan itu juga adalah selari dengan gesaan Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang mahu anggota PAS yang memenangi kerusi DUN serta Parlimen supaya meletakkan jawatan sekiranya mereka menyertai PAN.

Ditanya mengenai kemungkinan terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Anggota Parlimen yang lain menyertai parti politik baharu itu, Satipul berkata pihaknya tiada lagi menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

Katanya sekiranya Raja Bahrin enggan meletak jawatan, terserah kepada rakyat untuk menilai integriti dan tahap profesionalisme anggota Parlimen itu.

PAN telah dilancarkan secara rasmi di peringkat Terengganu pada Jumaat lepas di Dungun. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment