Monday, September 07, 2015
Azmin Tetap Mahukan Pas Untuk Selamatkan Tengkuknya Sendiri
KUALA
LUMPUR : Kenyataan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang
mahu meneruskan kerjasama politik dengan Pas dalam gabungan parti
pembangkang baharu dilihat mempunyai agenda untuk menyelamatkan
tengkuknya sendiri.
Ketua
Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Datuk Zakaria berkata komitmen tersebut
boleh dianggap sebagai komitmen membalas budi setelah beliau diangkat
menjadi Menteri besar negeri berkenaan selepas penyingkiran Tan Sri
Abdul Kahlid Ibrahim sebelum ini daripada kerusi panas terbabit hasil
sokongan kuat Pas.
Justeru
katanya adalah satu perkara yang amat mustahil bagi Azmin untuk menolak
kedudukan Pas berada di dalam posisi gabungan pembangkang baharu yang
akan ditubuhkan kelak demi menjaga dan memelihara segala jasa-jasa Pas
sebelum ini.
“Dengan
kedudukannya sebagai Timbalan Presiden akan memudahkan lagi untuk
mengatur sebarang gerakan bagi memastikan Pas terus berada di dalam
pakatan pembangkang yang baharu walaupun terdapat perbezaan pendapat
mengenai posisi Pas dengan rakan sekutunya yang lain.
“Nampak
jelas dalam situasi berkenaan, Azmin seboleh-bolehnya mahu memastikan
Pas terus menjadi pendokong kuat beliau untuk terus berada di kerusi
panas Menteri Besar Selangor” katanya kepada pihak media, di sini, hari
ini.
Dilaporkan
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari mengulangi pendirian
parti itu yang mahu meneruskan kerjasama politik dengan Pas dalam
gabungan parti pembangkang baharu.
Katanya,
kerjasama akan diteruskan dengan semua parti politik yang komited
dengan agenda bersama membawa perubahan dalam negara, senada dengan
pendapat yang disuarakan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail.
Mengulas
lebih lanjut Zainuri seterusnya menambah pendirian berkenaan juga
menunjukkan Azmin selaku orang nombor dua di dalam PKR tidak begitu
yakin dengan kemampuan parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah)
pimpinan bekas Timbalan Presiden Pas, Muahmad Sabu untuk bergerak
sebagai rakan komponen dalam usaha menarik sokongan rakyat khususnya
pengundi Melayu.
Tegas
beliau itu sebenarnya satu tamparan hebat kepada parti Amanah kerana di
peringkat awal-awal lagi telah menimbulkan ketidakyakinan di kalangan
rakan komponen sendiri.
“Dalam
hal berkenaan sepatutnya Pas boleh ‘demand’ setelah beliau menjadi
pilihan bukan sahaja kepada Wan Azizah selaku Presiden PKR, malahan
kepada orang nombor dua yang juga Menteri Besar Selangor.
“Namun
melihatkan kepada situasi semasa dan terkini, situasi tersebut tidak
akan berlaku dan bunga-bunga Pas bakal menjadi ‘panglima’ kepada Azmin
pula yang makin kelihatan,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment