Monday, September 07, 2015

BERSIH4 : Dua Individu Pijak Gambar Najib, Hadi Serah Diri... Hukum Sekeras-Kerasnya

KUALA LUMPUR : Dua individu yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos lalu, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan kedua-dua individu terbabit menyerah diri pada jam 11 pagi ini.

"Dua individu yang serah diri itu merupakan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dan seorang lelaki berusia 21 tahun yang bekerja sebagai penyelia di tapak pembinaan," katanya ketika dihubungi oleh media di sini, Isnin.

Zainuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung pada 29 dan 30 Ogos di ibu negara tercemar berikutan terdapat beberapa individu memijak gambar kedua-dua pemimpin berkenaan.

Sehubungan itu, polis pada minggu lalu menawarkan ganjaran kewangan kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu yang terlibat dalam insiden itu.

Pada Ahad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sebanyak 267 laporan polis telah diterima berhubung kes pijak gambar dua pemimpin berkenaan pada perhimpunan itu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment