Monday, September 07, 2015
Perubahan Apa Pulak... Jangan Nak Melawaklah !!!! Perubahan Dalam PAS Punca Kami Keluar Parti - Raja Kamarul Bahrin
SHAH ALAM : Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin
Shah menegaskan perubahan ketara dalam PAS menyebabkan beliau dan 11
lagi Ahli Parlimen dan ADUN keluar parti itu.
"Keadaannya sekarang, kata PAS, tidak berubah. Macam mana kata PAS tidak
berubah? Kalau baca laporan Sinar Harian kata perjuangan PAS masih
seperti dulu.
"Ini tidak betul, selepas muktamar ini, Dr Zuhdi Marzuki telah buat
kenyataan yang mengejutkan ramai orang, bahawa PAS sekarang duduk di
landasan yang betul. Maknanya dulu tidak betul.
“Ini sudah ada perubahan pendirian. Ini kenyataan Dr Zuhdi (AJK PAS
Pusat) sendiri. Jadi mana satu yang betul?" katanya merujuk kepada
kenyataan AJK PAS Pusat itu di Sinar Harian pada 9 Jun lalu.
Malah perbezaan pandangan antara Dr. Zuhdi dan Pesuruhjaya PAS
Terengganu Satipul Bahri juga kata Raja Kamarul Bahrin, lebih memberikan
imej jelas mengenai masa depan PAS yang jauh berbeza dari perjuangan
sebenarnya.
"Satipul Bahri Mamat kata PAS masih dengan perjuangan lama, Dr Zuhdi
(pula) kata sekarang PAS baru di landasan yang betul. Maknanya dulu
tidak betul, betul ke tidak kira lah. Tetapi memang sudah ada perubahan
landasan mengikut Dr Zuhdi dan kita sendiri sudah nampak perubahan.
"Dulu profesional sama dengan ulama, sekarang ulama sahaja. Dulu mesra
bangsa dan agama lain, sekarang sudah tidak ada hubungan bangsa lain.
Putus terus dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat," ujarnya.
Malah kafarah yang dibayar oleh beliau dan rakan-rakan Amanah juga
dianggap jelas dan nyata mengikut hadis dan panduan al-Quran, tambahnya.
“Baiah ini dua hala, pihak sebelah sana pun mesti memegang kata dan
janji. Kalau sudah banyak perubahan dan kita tidak berpegang kepada
baiah. Tetapi tidak apalah, kita masih membayar kafarah mengikut apa
yang (ditulis) dalam al-Quran dan hadis.
"Kita sudah 'cover' dua-dua. Pada saya tidak ada apa dah, ikut sudah
sunnah Rasul dan apa yang terkandung dalam al-Quran. Kita bayar kafarah
dengan beri makan fakir miskin sama apa yang Khalid Samad buat dan Dr
Siti Mariah buat. Kita rasa sudah lepas tanggungan kita.
Sejajar itu, Raja Bahrin menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada
desakan PAS Terengganu supaya meletakkan jawatan kerana menyertai Parti
Amanah Negara (PAN).
“Kita (Ahli Parlimen Amanah) tidak akan letak jawatan. Satu lagi saya
hendak sebut di sini. Kalau ingat PRK Kajang dulu, yang PAS kata, PRK
yang dulu tidak perlu kerana masalah dalaman PKR, antara PKR dan (Tan
Sri) Khalid Ibrahim masa itu.
"PAS kata tidak perlu (PRK) pilihan raya kecil. Jadi sekarang masalah
saya dengan PAS bukankah masalah dalaman PAS, ini masalah dalaman parti.
Jadi tidak perlu PRK kerana melibatkan masalah dalaman. Kalau setiap
kali PRK bila ada masalah dalaman, masa mana orang hendak bekerja,
perbelanjaan yang amat besar akan ditanggung oleh rakyat," tambahnya.
PAS Terengganu mendesak Raja Kamarul Bahrin meletakkan jawatan ekoran
melanggar baiah yang ditandatanganinya pada 18 April 2013 di Rusila,
Marang ketika dicalonkan untuk mewakili PAS dalam Pilihanraya Umum ke 13
pada Mei 2013.
Desakan itu juga adalah selari dengan gesaan presiden parti, Datuk Seri
Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang mahu
anggota PAS yang memenangi kerusi DUN serta Parlimen supaya meletakkan
jawatan sekiranya mereka menyertai Parti Amanah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment