Monday, September 07, 2015
Guan Eng Panas Telinga !!!! Guan Eng Cabar PAS Bertanding Kerusi Air Putih
GEORGE TOWN : Lim Guan Eng mengalu-alukan hasrat PAS untuk bertanding di
kerusi milik DAP dan mahu parti itu mencuba nasib di kerusi Air Putih
terlebih dahulu.
"Saya tidak terkejut kerana ini adalah selari dengan sikap terkini PAS yang menjadi musuh. Ia memang sudah dijangka.
"Jika PAS sangat yakin untuk bertanding di kubu kuat DAP, kerana ia hak
mereka dalam sistem demokrasi, maka kita dengan rendah diri menerima
cabaran tersebut.
"Pertama sekali, saya mempelawa mereka untuk bertanding di kawasan saya, Air Putih," katanya pada sidang media di sini Isnin.
Namun, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata DAP tidak akan bertanding di kerusi milik PAS.
"Musuh kami adalah Barisan Nasional, Umno dan rasuah," kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.
Beberapa portal berita melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang sebagai berkata mereka merancang untuk bertanding di kerusi milik
DAP pada pilihan raya umum akan datang.
Tindakan tersebut dilihat sebagai serangan balas terhadap parti baru,
Parti Amanah Negara (Amanah) yang menunjukkan kecenderungan bertanding
di kerusi milik PAS.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment