Thursday, September 03, 2015
Bai’ah : Tuhan Pun Mereka Nak Tipu
Keengganan bekas wakil rakyat PAS
melaksanakan janji setelah dengan sengaja melanggar sumpah bai’ah yang
dilafazkan sebelum PRU13 dulu apabila menyertai parti lain, menunjukkan
bahawa agama bagi puak-puak ini adalah satu perkara yang boleh
dipermainkan.
Ada yang janji akan cerai isteri talak
tiga kalau keluar PAS setelah menang, ada yang janji nak kosong kerusi
dan sebagainya tapi satu pun tidak berbuat, mereka keluar begitu saja
dengan tidak ada rasa bersalah sama sekali kerana mengkhianati parti
yang bagi mereka peluang bertanding dan menang untuk menyerah jiwa
kepada DAP.
Malah ada yang sebelum ini dipandang
berilmu tinggi dalam PAS pun seperti Ahmad Awang, dilihat seolah-olah
mempermainkan sumpah itu dengan berkata ia tidak terpakai kerana sumpah
itu dibuat untuk Pakatan Rakyat, bukan PAS.
Pandangan pulak (kenapa tak laksanakan
bai’ah) macam-macam, apa pun ia yang nyata, semuanya ikut kesuaian
sendiri. Mat Sabu lagi best, cuci tangan awal-awal, suruh rujuk ulama
muktabar dan cari pandangan yang paling ringan.
Nampak tu, tuhan pun dia nak tipu.
Ambik contoh pandangan Ahmad Awang mana ada Pakatan Rakyat, itu hanya
nama, tidak didaftarkan, nak berbai’ah apa kepada benda yang tidak
wujud?
Walaubagaimana pun kita letaklah semua
kesalahan ini kepada penyokong-penyokong PAS.
Wujud orang-orang macam
kamu semualah sehingga membenarkan perkara seperti ini berlaku – agama
dipermainkan, manusia diperbodohkan, semuanya kerana politik yang tak
tahu dimana penghujung...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment