Thursday, September 03, 2015
Justo Mengaku Terpedaya
Bekas
Eksekutif Kanan PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre
Justo mengaku telah diperdaya dan tidak mengetahui maklumat yang
diubahsuai mahu digunakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Mengakui bodoh kerana tidak menjangka perkara itu, warga Switzerland
tersebut berkata, dia juga bukan seorang pemberi maklumat sebaliknya
hanya mahu menjual data dicuri selepas dijanjikan bayaran AS$2 juta
(RM8.5 juta) oleh ahli perniagaan Malaysia.
“Mereka (pembeli data) mempunyai agenda politik yang saya tidak tahu.
Saya tidak tahu yang mereka mahu menjatuhkan sebuah kerajaan. Saya
bodoh,” katanya dalam temubual eksklusif terbaharunya dengan akhbar News
Straits Times Singapura.
Pada 24 Julai lalu, Justo menerusi temubual dengan akhbar yang sama
mendakwa dia dijanjikan bayaran AS$2 juta oleh seorang ahli perniagaan
Malaysia untuk mendapatkan dokumen urus niaga berkaitan bekas majikannya
dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong, sebalik sahaja
laporan temubual itu disiarkan mengakui menawarkan wang sebanyak AS$2
juta kepada Justo sebagai helah untuk memperdayakannya.
Justo yang ditahan Jabatan Pembanterasan Jenayah (CSD), polis
Thailand di Koh Samui, Surathani pada 22 Jun lalu memberitahu,
persetujuan urusan jual beli dokumen itu dicapai dalam pertemuan dengan
pembelinya di Singapura pada Februari lalu.
Penahanan warga Switzerland itu dibuat selepas PetroSaudi membuat
laporan terhadap kegiatan peras ugut membabitkan wang 2.5 juta Swiss
Francs (RM10 juta) apabila dia mengancam mendedahkan maklumat sulit
perniagaan dicurinya jika permintaan tidak dipenuhi.
Dalam perkembangan yang sama, Justo yang kini dijatuhkan hukuman
penjara tiga tahun oleh pihak berkuasa Thailand mengesahkan bahawa dia
akan memfailkan rayuan bagi memohon tempoh hukuman tersebut dikurangkan.
“Saya tidak menjangkakan (dikenakan hukuman penjara) tiga tahun,”
katanya sambil menambah akan memberi kerjasama penuh kepada pihak
berkuasa Thailand untuk membolehkan hukuman penjara tersebut
diringankan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment