Monday, September 07, 2015

Bekas Orang Kuat DAP Kutuk Penganjur #BERSIH4

Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah, kecut perut apabila diasak bertubi-tubi dengan persoalan dari mana datangnya dana berjumlah RM2.4juta yang digunakan untuk menganjurkan perhimpunan haram di ibu kota minggu lalu.

Haaaaa… Tahu pun takut! Apesal diam?? Jawab ler… Kalau bab derma DS Najib Razak tempoh hari bukan main lagi lantang persoalkan, bila kena batang hidung sendiri nak sembunyi kepala pulak. Nak jadi burung unta macam zahid Hamidi cakap tu ker??

Bekas Setiausaha Organisasi DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, dia hairan dengan tindak tanduk Maria yang bukan saja berdiam diri tapi enggan untuk menjelaskan dari mana datangnya sumber yang banyak tue. Itu la kan, masa berkempen bukan main lagi suruh kerajaan bersikap telus la jujur la. Tapi dorang sendiri yang tak telus, puihhhh!

“Saya cabar Maria membuat pendedahan secara terbuka sekiranya beliau menganggap dirinya seorang yang bermaruah dan berintegriti.

“Setakat ini, kita tidak tahu siapa yang sumbangkan dana itu, mungkin juga Yahudi atau pihak tertentu dari negara asing,” katanya

Ntah-ntah alien kot yang sponser duit juta-juta tu hahahaaa! Alang-alang diasak suruh dedahkan tue tanya sekali akaun siapa yang dorang gunakan untuk terima dana sebanyak tue…  Dan adakah dorang guna kesemua dana yang diberikan tu untuk berdemo atau saki baki duit tu dorang caras kat dorang haha!

Iyela hairan jugak sebab Bersih 4.0 bukan la pertubuhan yang didaftarkan secara sah… So sapa la yang baik hati sangat nak sponser untuk dorang ni buat kempen haram macam tue kan, takde untung pulak tu...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment