Monday, September 07, 2015
DAP Tidak Akan Berbaik Dengan PAS... DAP Memang Tak Boleh Pakai
GEORGETOWN : DAP tidak akan berbaik dengan Pas buat masa ini walaupun
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berhasrat meneruskan
kelangsungan kerjasama politik dengannya dalam gabungan PR 2.0.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, sama ada DAP akan bersetuju
dengan cadangan itu tidak perlu diulas lagi kerana Pas sudah menyatakan
hasratnya untuk melawan DAP dalam PRU14.
“Persoalan sama ada DAP akan menyertai PR 2.0 jika Pas turut serta bukan lagi menjadi persoalan.
Secara logiknya, anda sendiri boleh fikir, bagaimana DAP boleh duduk
dalam satu pakatan jika Pas sudah umum akan lawan DAP? Ia tidak lagi
menjadi isu dan sudah terjawab," katanya kepada media hari ini.
Beliau berkata, pada masa ini, tiada jalan atau peluang untuk kedua-dua parti itu berbaik semula.
“Pas yang memulakan dahulu, bukan DAP yang putuskan hubungan. Mereka
yang putuskan hubungan dengan kita, sekarang mereka kata nak lawan DAP
pula. Saya tidak nampak untuk kita berbaik untuk masa ini.
“Sama ada DAP akan bermasalah apabila PKR mengalukan Pas dalam PR 2.0,
itu sepatutnya ditanya pada Azmin selepas Pas umum mahu lawan DAP,”
katanya.
Terdahulu, Mohamed Azmin berkata, kerjasama akan diteruskan dengan semua
parti politik yang komited dengan agenda bersama iaitu membawa
perubahan dalam negara sejajar hasrat yang disuarakan Presiden PKR,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Mohamed Azmin turut mengingatkan bahawa musuh PR hanyalah Umno dan BN.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment