Cakap pasal 2 ekor ini, guna modal berbilion dana politik pun tak jalan juga.
Monday, September 07, 2015
Gaya Pemakanan Punca Rakyat Sakit, Maksudnya Apa Tu?
Rakyat Malaysia ni terlebih makanlah. Kalau kurang makan, bukan gaya pemakanan tajuknya yang akan disebut-sebutkan, tapi kebuluran.
Nak dikaitkan hal ini dengan banyak
propaganda pembangkang yang mengatakan rakyat Malaysia ini hidup
sengsara dan merempat sejak matawang jatuh, sedangkan hakikatnya saban
tahun penyakit yang boleh dikaitkan dengan terlebih makan semakin hari
semakin meningkat.
Tak siapa boleh menafikan perkara ini
kerana memang berlaku di depan mata kita betapa terlebih makannya rakyat
negara kita. Malam-malam, di kala rakyat negara lain (yang sewaktu
dengannya) dah masuk tidur, rakyat negara kita masih duduk di
restoran-restoran mamak melantak sampai larut pagi.
Nak-nak pada hujung minggu.
Cuma nak kata bahawa ini semua
realitinya di negara kita. Tidak ada siapa yang mati kebuluran di
negara kita ni tapi yang mati sebab terlebih makan tu ramai. Matawang
jatuh tak jatuh bukan masalahnya, bukan orang sini beli makanan bayar
pakai dollar pun.
Dulu sakit jantung, kencing manis dan
darah tinggi adalah penyakit orang kaya, zaman ini, orang tak berapa nak
kaya pun ramai dapat penyakit-penyakit tu semua, ini hakikatnya.
Justeru, jangan hairanlah kenapa apa juga usaha kerajaan nak jatuhkan kerajaan guna modal kos sara hidup ini tidak akan berjaya.
Tokoh pembangkang macam Tun Mahathir dan
Anwar Ibrahim tidak akan menggunakan orang putih macam Claire Brown
untuk menjatuhkan kerajaan negara ini kalau betul kos sara hidup itu
menjadi isu utama di kalangan rakyat kita.
Setakat nak gebang berderai-derai air liur bolehlah, nak tunjuk bukti, tidak ada sama sekali.
Cakap pasal 2 ekor ini, guna modal berbilion dana politik pun tak jalan juga.
Sampai sekarang kita tak
nampak lagi akaun Anwar Ibrahim yang ‘bersih’ dari sebarang sumbangan
luar untuk operasi politik PKR dan Pakatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment