Sunday, September 06, 2015
Inilah Baru Betul..... Sebagai Boss Bukan Nak Memperlekehkan Orang Saja.... Adenan Pertahankan Taib Mahmud Di Persidangan Anti-Rasuah
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mmembidas pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) berpangkalan di United Kingdom, Global Witness, yang
menuduh Ketua Menteri sebelumnya Tun Abdul Taib Mahmud terlibat rasuah
semasa berkuasa.
Pengasas Bersama dan Pengarah Global Witness Patrick Alley melemparkan
tuduhan terhadap Taib semasa sesi pleno bertajuk "Keamanan, Kesaksamaan
dan Keadilan Sosial: Memerangi Rasuah dalam Pembangunan dan Pelaburan
Pasca 2015’ yang diadakan bersempena Persidangan Antirasuah Antarabangsa
(IACC) Ke-16 di Putrajaya pada Khamis.
Antara lain, Alley mendakwa Taib telah menyalahgunakan kuasanya seperti
memberikan beberapa projek berkaitan dengan perladangan dan pembalakan
di Sarawak kepada kroni beliau yang telah menyebabkan berlaku pembalakan
haram.
Adenan, yang mengambil alih pentadbiran negeri Sarawak daripada Taib
kira-kira 15 bulan lepas, semasa menjawab tuduhan itu menegaskan adalah
tidak adil untuk menuduh seseorang sehingga telah dibuktikan bersalah
oleh undang-undang.
"Lagipun, apabila bercakap tentang undang-undang, satu daripada
peraturannya menyatakan seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga
dibuktikan bersalah," katanya.
Adenan berkata Taib telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Hakikatnya yang kita tahu ialah beliau tidak dihadapkan ke mahkamah dan
tidak didapati bersalah. Jika anda mahu menuduh SPRM berat bersalah, itu
antara anda dan mereka," tegasnya.
Untuk membuktikan tuduhan itu adalah salah, Adenan mempelawa Alley untuk
melawat Sarawak dan melihat sendiri sektor perladangan dan pembalakan
di negeri itu.
"Kenapa tidak anda (Alley) datang sendiri ke Sarawak, kami akan
tunjukkan anda hutan kami, lihat sama ada tuduhan itu benar, sah atau
tidak. Cukup, cukup lah.
"Pekerja bahagian perhutanan negeri saya akan menjelaskan kepada anda.
Jika anda salah kami akan beritahu yang anda salah, jika kami salah anda
beritahu kami yang kami salah," katanya.
Adenan berkata beliau telah berjanji untuk menghentikan pembalakan haram
di Sarawak menjelang tahun depan dan pada masa yang sama mahu
ditingkatkan penguatkuasaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment