Sunday, September 06, 2015
Isteri Wakil Rakyat PAS Buka Mulut Mengenai Taklik Cerai Talak Tiga
Kisah sama ada Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli dan
isterinya jatuh talak atau tidak kini menjadi polemik dalam masyarakat
Islam di negara ini.
Ramai alim ulama yang kata jika ikut lafaz bai'ah yang Dr hatta baca sebelum jadi calon PAS... JATUH.
Tapi ada juga yang kata tidak... cuma persoalan sekarang apakah isteri
wakil rakyat PAS yang angkat sumpah bai'ah dan taklik lafaz cerai talak
tiga ini tahu lafaz itu sebelum ianya diucapkan oleh suami mereka ?
Ikut cerita isteri ADUN Wakaf Baru Datin Saleha Yaacob, mendakwa beliau
tidak dirujuk secara peribadi oleh suaminya Datuk Che Abdullah Mat Nawi
berhubung perkara itu sebelum dipilih menjadi calon PAS pada pilihan
raya umum yang lalu.
Saleha, 53, turut mengakui beliau merasa takut dengan bai'ah berkenaan
selepas apa yang menimpa keluarga Dr Mohd Hatta Ramli yang bertindak
meninggalkan PAS Isnin lepas.
"Saya tidak menafikan saya sendiri pun rasa takut juga ... tetapi saya
yakin dengan kesetiaan suami kepada parti dan perjuangan suami yang
tidak berbelah bahagi kepada PAS.
"Walaupun saya tidak dirujuk secara peribadi oleh suami sebelum
berbai'ah namun saya melihat tindakan Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat) ini ialah bagi meletakkan perjuangan (terhadap)
parti dan perkahwinan itu sama penting," katanya.
Bernama melaporkan Saleha, yang telah berkahwin selama 29 tahun dengan
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan
Teknologi Hijau Kelantan itu berkata berdasarkan keadaan politik semasa
dalam negara ketika ini, situasi sama berkemungkinan akan berlaku kepada
isteri pemimpin PAS lain.
"Walaupun kebanyakan isteri pemimpin PAS sudah mengetahui tentang bai'ah
ini tetapi sesiapa pun yang berada dalam situasi sukar itu pasti sedih
kerana melibatkan hubungan perkahwinan yang dibina sejak sekian lama.
"Cuma daripada pengamatan saya kebanyakan yang keluar parti setakat ini
bukan dari yang mereka yang mempunyai latar belakang agama yang kuat
tetapi golongan profesional," katanya.
Saleha berkata langkah untuk menyelamatkan perkahwinan pasti akan
diambil oleh semua isteri yang terlibat sepertimana yang dilakukan oleh
Dr Kalsom Maskon, isteri kepada Dr Mohd Hatta.
"Saya tidak begitu arif perkara ini tetapi pengesahan pasti akan
diperolehi dengan merujuk kepada ulama atau undang-undang bagi
menyelamatkan perkahwinan," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata PAS memperkenalkan
bai'ah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang
bertanding atas tiket parti itu sejak 2004 yang mesti mengosongkan
kerusi mereka jika meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan
sukarela.
Katanya bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
telah menambah syarat bahawa wakil rakyat PAS di Kelantan perlu
bertaklik dengan melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri
masing-masing.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment