Sunday, September 06, 2015
Pemuda Umno Desak Alvin Tan Diekstradisi Ke Malaysia...Biadap Dan Keterlaluan Sekali
PUTRAJAYA : Pemuda UMNO pada Jumaat menyerahkan memorandum menggesa
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempercepatkan usaha mengekstradisi Alvin
Tan ke Malaysia bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas
blogger kontroversi itu berhubung penghinaan kepada agama Islam.
Memorandum itu disampaikan Exco Pemuda UMNO Mohd Rafiq Naizamohideen
yang juga Presiden Pemikir Muda Malaysia dan diterima Pegawai Khas
kepada Menteri Dalam Negeri Rizmel Nazrin Abdul Malik.
Mohd Rafiq berkata Tan, yang dipercayai berada di Amerika Syarikat,
dilihat semakin bebas dan biadap mempersendakan agama dan sensitiviti
umat Islam selepas tiada tindakan dikenakan kepadanya walaupun puluhan
laporan polis telah dibuat terhadapnya.
"Kita mahu kerajaan melalui KDN dapat mengambil sebarang langkah melalui
saluran perundangan agar Alvin dapat diekstradisi segera untuk diadili
oleh undang-undang negara atas tindakannya," katanya kepada pemberita
selepas menyerahkan memorandum di Kementerian Dalam Negeri di sini,
Jumaat.
Selepas mencetuskan pelbagai kontroversi seperti menghina Nabi Muhammad
SAW dengan bermacam gelaran, mengajak umat Islam berbuka puasa dengan
Sup Tulang Babi atau Bak Kut Teh di Facebook, Tan sekali menggemparkan
masyarakat Islam negara ini apabila memuat naik gambarnya dengan tatu
tulisan Allah di bahagian bawah pahanya.
Mohd Rafiq berkata sekiranya proses mengekstradisi Tan tidak dapat
dilakukan melalui proses perundangan, beliau yang mewakili UMNO, NGO dan
seluruh masyarakat Islam di negara ini mahu kerajaan menggugurkan
status kerakyatan blogger itu.
Memorandum sama akan turut diserahkan kepada Kementerian Luar bagi tindakan lanjut, katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment