Monday, September 07, 2015
Jangan Buat Spekulasi Kehilangan Kevin Morais.. - SPRM
Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk
Azam Baki berharap tiada mana-mana pihak membuat spekulasi tidak berasas
mengenai kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di
Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.
Azam berkata, beliau berharap tidak ada mana-mana pihak membuat sebarang
spekulasi kehilangan Kevin dan mengaitkan kejadian ini dengan siasatan
yang sedang dijalankan oleh agensi itu dan juga siasatan polis berhubung
kebocoran maklumat 1MDB.
Dalam masa sama, Azam memaklumkan beliau agak terkejut dengan berita
kehilangan Kevin kerana beliau telah lama mengenali Kevin dan berharap
Kevin dapat ditemui dalam keadaan selamat dengan secepatnya.
"Saya sendiri mengenali Kevin dengan rapat sejak berkhidmat di SPRM dan
berharap semua pihak akan mendoakan keselamatan beliau. Saya berharap
Keluarga Kevin akan terus bersabar sementara menunggu pihak polis
bertindak mengesan Kevin.
"Beliau seorang yang sangat berdedikasi dan komited dalam menunaikan
tugas dan tanggungjawab sebagai Timbalan Pendakwa Raya, serta seorang
yang sangat peramah.
"Sepangjang tempoh bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Kevin
mengendalikan banyak kes berprofil tinggi dan sehingga kini masih
mengendalikan beberapa kes melibatkan SPRM," kata Azam
Walaupun pihak SPRM telah mengeluarkan kenyataan agar tidak membuat
spekulasi berhubng kehilangan Kevin, terdapat juga pemimpin pembangkang
yang terlebih bijak dan mengetahui semua masalah yang dihadapi negara
dengan mengatakan ini semua berkaitan isu 1MDB.
Malah, apa yang menyedihkan, pemimpin pembangkang turut mengaitkan
insiden ini sama seperti kes altantuya. Bukahkah itu satu kenyataan yang
kurang ajar?? Di mana sifat ihsan seorang pemimpin terhadap ahli
keluarga Kevin yang sedang sedih dan trauma mengenai kehilangan Kevin??
Kevin dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di
Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk pejabatnya di
Putrajaya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment