Monday, September 07, 2015
Rafidah Aziz Mahu Rakyat Buat Solat Hajat Selamatkan Negara
Alhamdulillah.. Satu cadangan yang bernas yang dicadangkan oleh bekas
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz yang
mahu solat hajat dan bacaan doa diadakan untuk menyelamatkan negara.
Beliau mencadangkan perkara itu selepas melihat keadaan kucar-kacir yang
dihadapi negara ketika ini ekoran Bersih mengadakan perhimpunan haram
hujung bulan lalu telah mencetuskan isu perkauman.
Rafidah berkata, perhimpunan haram Bersih yang diadakan tempoh hari
bukannya memberi manfaat kepada negara tetapi telah membawa mesej kepada
sesuatu bangsa di negara ini.
"Saya ingin ingatkan yang isu yang sedang kita depani ada kaitan dengan kaum kumpulan tertentu atau apa saja.
"Apa saja yang mereka hendak buktikan? Adakah mereka sokong tindakan yang membawa kepada rasa malu negara?" kata Rafidah.
Beliau yang menyentuh 'Himpunan Maruah Melayu' berkata, himpunan yang
dijadualkan berlangsung pada 16 September itu tidak perlu dilakukan,
sebaliknya kita sebagai orang Melayu-Islam perlu mengadakan solat Hajat
serta bacaan doa dan jangan kita menjadi seperti mereka untuk berhimpun
membuang masa dan tenaga.
Rafidah berkata, janganlah kita mengikut jejak kurang cerdik Bersih yang
telah mencemarkan nama negara dengan mengadakan perhimpunan haram pada
hari Kebangsaan Malaysia.
Apa yang dikatakan Rafidah ini ada benarnya juga kerana senjata bagi
orang Islam ialah doa... dengan doa kita mampu meraih kemenangan
walaupun kita ditindas oleh kaum lain.
Janganlah kita bertindak bodoh seperti peserta Bersih yang membuang masa
dan tenaga berkumpul beramai-ramai di ibu kota yang jelas mereka
mengidamkan untuk merampas negara ini dari pemimpin Melayu.
Jadi, sama-samalah kita berdoa dan tidak lupa juga kepada Rafidah untuk
sama-sama menyertai solat hajat ini... mudah-mudahan hasrat murni ini dimakbulkan oleh Allah...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment