Monday, September 07, 2015
Kalau Ikut Zaman Nabi, Habis Semua Isteri Wakil Rakyat PAS Jadi Janda !!!!
Menurut Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr.
Fathul Bari Mat Jahya, pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dahulu dan
mengikut pandangan mazhab Maliki, Syafie dan Hambali yang menjadi
pegangan ahli sunnah wal jamaah, bai’ah talak tiga terpakai dan jika
dilanggar secara sedar, maka jatuh talak ke atas isteri pemimpin PAS.
Cumanya ulama berbeza pendapat dalam aspek jumlah talak iaitu apakah jatuh talak tiga (jika diniatkan) atau hanya talak satu.
Maknanya memang sah la jatuh talak kalau dorang selama ini melanggar
sumpah bai’ah, so dalam erti kata lain habis la puak-puak isteri wakil
rakyat PAS pakat jadi janda kalau hendak diikutkan. Huishhhh zalim noh.
“Sesungguhnya bai’ah ini lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Bagaimana dengan status perkahwinan ahli-ahli Pas yang dahulu berbai’ah
tetapi kini meninggalkan parti itu,” kata Dr Fathul.
Pada zaman Gabenor Iraq, Hajjaj Yusuf, beliau ini la yang merupakan
orang pertama yang mewujudkan syarat-syarat jatuh talak kerana beliau
memang terkenal dengan pemerintahannya yang zalim. So maknanya kalau
parti PAS ikut ajaran tue, mungkin kah dorang ni tergolong dalam
pemerintahan yang tak berhati perut??
Adakah pemerintahan PAS selama ini boleh dikategorikan sebagai satu
tapak pemerintahan yang zalim dah kejam kerana mempertaruhkan status
perkahwinan sebagai cagaran untuk berpolitik?! Ini kerana dorang
meletakkan syarat jatuh talak tiga kepada isteri jika melanggar sumpah
bai’ah.
Rabu lepas, Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad
‘menjatuhkan hukuman’ kepada Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta
Ramli bercerai talak tiga dengan isterinya kerana melanggar sumpah
bai’ah yang diucapkannya.
Kecoh jugak la bila statement itu dikeluarkan… Tapi menurut Fathul Bari
lagi, jalan terbaik untuk merungkai semua keserabutan, adalah lebih baik
bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu rujuk sendiri kat Mahkamah
Syariah.
“Soal jatuh atau tidak talak itu terpulang kepada mahkamah,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment