Monday, September 07, 2015
Pemimpin UMNO Jangan Jadi Pengecut!
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini
mengingatkan kepada pemimpin UMNO yang kebanyakkannya mungkin sudah lupa
atau buat-buat lupa supaya tidak menjadi sorang yang pengecut dan tidak
mengamalkan budaya ‘Burung Unta’.
Tak kisah la pemimpin Umno di
peringkat cawangan atau bahagian, semuanya diberi amaran keras oleh TPM.
Naib
Presiden Umno itu juga menegaskan supaya kalau diri sendiri yang buat
hal… So korang tanggung la sendiri! Jangan suka-suka hati nak lempar
taik kat muka orang lain pulak. Sendiri bual hal sendiri tanggung la
bebbb!
"Bila ada rusuhan datang, bila orang pergi attack (serang), dia (burung unta) sorokkan kepala dia.
"Kalau
nak jadi burung, jadi burung betul, nak jadi unta, jadi unta betul,
kalau ada masalah jangan disorokkan badan, jangan disorokkan kepala, ini
ada masalah musuh datang, sorok kepala kita.
"Kita sering
melupakan apa yang kita telah dapat tapi kita mengharapkan sesuatu yang
baru sebab kita rasa tak pernah puas hati apa yang kita dapat," katanya
Tegasnya
Zahid Hamidi lagi, kalau ramai sangat yang amalkan sikap lepas tangan
macam tue nampak gayanya parti UMNO bukan saja gagal tapi silap-silap
susah untuk mendapatkan kepercayaan rakyat. Lantas parti pembangkang
senang ler nak cantas dan take over pemerintahan… macam yang berlaku di
Kelantan dan beberapa negeri yang lain.
"Kita lihat seperti mana
kita (pernah) kecundang di tiga buah negeri iaitu di Perak, Kelantan dan
Terengganu. Di Kelantan, Menteri Besar ketika itu, Allahyarham Datuk
Mohamed Yaacob, dia diajar oleh orang-orang Umno sendiri, yang tidak
suka dia ketika itu, nak kurangkan undi, akhirnya negeri Kelantan lebih
22 tahun sekarang ini, tak dapat diambil.
"Di Terengganu, marah
Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ketika itu menteri besar, nak ajar sedikit..
Nasib baik naik balik. Di Perak, Datuk Tajol Rosli juga pernah
menghadapi masalah yang sama.
"Kalau bukan ketika itu Datuk Seri
Najib (Tun Razak) yang jadi Pengerusi Perhubungan Umno dan saya jadi
Timbalan Pengerusi Umno Perak ketika itu, sampai sekarang saya rasa
masih orang lain yang jaga," katanya.
Sebenarnya, pertelingkahan
antara orang Melayu bukannya berpunca dari anasir luar tapi sebaliknya
datang dari pertelingkahan antara ahli-ahli parti, rasa tak puas hati
antara satu sama lain. Berebut nak pukoi naik kot noh..
Kalau
pemimpin UMNO terus menerus amalkan sikap macam ni alamatnya senang la
parti pembangkang nak kucar-kacirkan lagi kedudukan UMNO.
"Apabila
kebencian dijadikan budaya, itulah perpecahan yang paling mudah
dilakukan. Kita lemah adalah kerana perpecahan dari dalam peringkat akar
umbi," katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment