Sunday, September 06, 2015
Khalid Samad Lagi Bijak Agama Dari Haron Din?
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menganggap cara beliau menguruskan
isu baiah adalah urusannya dengan Allah dan meminta pemimpin PAS tidak
masuk campur.
Kata Khalid, beliau melakukan kafarah selepas berpuas hati ia dibenarkan
syarak dan peruntukan mengenainya terkandung dalam al-Quran.
"Ada ahli parlimen yang tidak tunaikan tanggungjawab mereka walaupun tak
keluar parti. Bagi saya, kami (wakil rakyat yang menyertai Parti Amanah
Nasional) telah menunaikan tanggungjawab kami. Kami tidak khianat
(malah) kami tetap dalam landasan Islam dan Pakatan Rakyat," tegas
Khalid.
Terdahulu Khalid meraikan lebih 40 penduduk dari kawasan parlimen Shah
Alam dengan hidangan kari kambing, ayam masak merah, acar timun dan teh
tarik, selain sumbangan wang tunai. Ia adalah bentuk kafarah (tebus
sumpah) yang dilakukan Khalid kerana 'melanggar baiah' yang diucapkan
sebelum menjadi calon pilihan raya PAS sebelum ini.
PAS menetapkan semua bakal calonnya yang bertanding pilihan raya untuk
melafazkan baiah bagi mengelak mereka melompat parti. Namun ekoran
penguasaan kumpulan konservatif agama dalam parti itu pada muktamar 6
Jun lalu, golongan progresif bertindak menubuhkan kumpulan dikenali
Gerakan Harapan Baru (GHB). Mereka kemudian menyertai Parti Amanah
Nasional (AMANAH).
Sebelum ini Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dilaporkan berkata,
ikrar yang dibuat oleh kesemua calon pilihan raya parti itu sebenarnya
baiah dengan Allah SWT. Sehubungan itu, kata Haron, tidak timbul soal
membayar kafarah seperti yang didakwa Khalid.
Mengulas kenyataan Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Nik
Muhammad Zawawi Nik Salleh yang mengesa Khalid serta pemimpin GHB
bertaubat dan kembali kepangkuan PAS, ini jawapan Khalid: "Itu hak dia
untuk berpandangan sedemikian. Kami telah rujuk ulama yang lain dan
cadangan kita buat begini tak ada salahnya kami keluar dari PAS".
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment