Sunday, September 06, 2015

Najib Ajak Rakyat Kemuka Cadangan Untuk Bajet 2016

Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat untuk bersama-sama memberikan cadangan sebelum 15 Sept ini untuk dimasukkan dalam Bajet 2016 yang akan dibentang di Parlimen, 23 Okt ini.
https://lh3.googleusercontent.com/hbnzsKXRYGGMlZVhxO8ZzodaBXAtA33ustjhjQuCx36BwhWiEVKHAVNidw-2YyOzsTHSRw7a-sMFAOJ05Q=w700
Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, berkata cadangan tersebut boleh dikemukakan kepadanya menerusi laman webnya.

“Kerajaan sedang menyediakan #Bajet2016. Ada cadangan yang ingin diberikan kepada saya? Kemukakan sebelum 15 Sept di https://najibrazak.com/bajet2016/,” katanya menerusi twit terbaru di akaun Twitternya, malam ini.

Laman web najibrazak.com/bajet2016/ itu turut memaparkan beberapa kategori yang sering menjadi fokus dalam Bajet-bajet sebelum ini.

Antaranya kos sara hidup, pembangunan luar bandar, perumahan, kesihatan, 

pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan ekonomi, pendidikan dan keselamatan.
Selain itu, orang ramai diberi peluang mengemukakan cadangan-cadangan lain.

Dipetik daripada sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment