Sunday, September 06, 2015
Timbalan Pendakwaraya Yang Hilang Merupakan Defendan Saman Beratus Juta Ringgit
Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di
Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais dilaporkan hilang sejak
semalam. Difahamkan, kali terakhir beliau dilihat pada pagi Jumaat
ketika meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta sebelum hilang sehingga
kini.
Menurut Harian Metro, berita kehilangan Kevin juga menjadi ‘viral’di
media sosial selepas beberapa ahli keluarganya merayu orang ramai
membantu menyalurkan maklumat untuk mengesannya. Ketua Polis Daerah
Sentul Asisten Komisioner R.Munusamy ketika dihubungi mengesahkan ada
menerima laporan berhubung kehilangan Kevin.
Dakwaan Kevin dipindahkan ke Jabatan Peguam Negara sejak 15 Julai
lalu tidak benar. Kevin dipindahkan ke Pejabat Peguam Negara tahun 2014.
Kevin ketika memberi keterangan pada Jun 2015 lalu menyatakan beliau
telah bertugas di Jabatan Peguam Negara dan sebelum ini bertugas sebagai
Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada Jun 2013, Seorang peguam, Dato Rosli Dahlan, telah memfailkan
saman berjumlah lebih RM47 juta terhadap Peguam Negara, bekas Ketua
Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Kerajaan Malaysia dan tujuh lagi termasuk Kevin Anthony atas
dakwaan mendakwanya secara salah.
Kevin Anthony Morais, Timbalan Pendakwa Raya, yang disaman telah
memberi keterangan pada Jun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam
ke saman peguam Datuk Rosli Dahlan.
“Ia dikeluarkan mengikut undang-undang,” kata Kevin yang kini bertugas di Jabatan Peguam Negara.
Kata Kevin, berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh pegawai
penyiasat Saiful Ezral Ariffin, beliau ada alasan untuk mempercayai
bahawa satu kesalahan jenayah telah dilakukan di bawah Seksyen 11(a)
Akta Pencegahan Rasuah 1997.Kevin, DPP SPRM Bertegas Notis Ke Atas
Peguam Rosli Dahlan Ikut Undang-undang.
Dalam pernyataan tuntutannya, Rosli mendakwa penahanannya adalah
salah di sisi undang-undang dan notis diserahkan kepadanya pada 17 Julai
2007 oleh SPRM sungguhpun agensi itu sedar bahawa siasatan terhadap
anak guamnya iaitu bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff, pada masa itu sedang berjalan.
Dia mendakwa pemeriksaan untuk mendapatkan maklumat kedudukan
kewangannya yang dijalankan mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang
Haram oleh pegawai dari Bank Negara juga tidak wajar.
Rosli Dahlan ialah peguam kepada bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
(JSJ) Komersil Bukit Aman, Datuk Ramli Yusoff. Ramli turut turut
menyaman SPRM, Pendakwaraya SPRM termasuk Kevin Anthony dan Peguam
Negara, Tan Sri Ghani Patail RM 128.5 juta.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment