Sunday, September 06, 2015

Nak Saman Saya... Samanlah - Kata Tengku Adnan Pada Ainina

Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO dengan jelas sebut mana-mana ahli yang membawa perkara parti atau keahliannya ke mahkamah akan gugur keahlian.

Bukan saja UMNO,malah peraturan ini juga diamalkan oleh beberapa buah parti politik lain.

Entah dari mana ahli UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saadudin yang fail kes mahkamah isu derma RM2.6 billion ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat nasihat dia boleh pertikai pemecatannya.

Atas sebab itu Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menandatangani surat pemecatannya berkuatkuasa 2 September tidak merasa goyang dengan hajat Anina hendak saman beliau.

Anina,ahli UMNO cawangan Kampung Padang Matsirat, failkan saman di mahkamah di Kuala Lumppur pada 28 Ogos.Dia antara lain dakwa tiada rekod dalam akaun parti mengenai wang derma itu.

Dia memberi kata dua kepada Tengku Adnan supaya menarik balik surat perlucutan keanggotannya atau berdepan dengan tindakan yang akan diambil.

Ketika ditemui wartawan selepas satu majlis di Putrajaya Sabtu, Tengku Adnan berkata," "Kalau dia (Anina) nak saman saya samanlah, saya terima," katanya.

Beliau menjelaskan sebagai Setiausaha Agung Umno beliau mempunyai kuasa untuk memecat mana-mana ahli yang melanggar perlembagaan parti tanpa perlu merujuk kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Lembaga Disiplin parti.

Katanya beliau bersedia untuk disaman oleh Anina kerana yakin tidak bersalah dan tindakan yang dibuat adalah mengikut peraturan serta perlembagaan UMNO.

Menurutnya bukan saja Anina tetapi siapa saja yang yang buat sama akan dikenakan tindakan.

Tengku Adnan kata UMNO kini berdepan dengan tiga jenis ahli yakni mereka yang yang hendak lawan parti,mereka yang lawan untuk kepentingan sendiri dan mereka yang hendak merosakan parti.

Dalam hal ini,katanya beliau tidak tahu nak letak Anina dalam kategori mana.

"Mungkin dalam kategori mereka yang hendak rosakan UMNO seperti anai-anai dan musuh dalam,"katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment