Monday, September 07, 2015

NGO Cina Kata Pijak Gambar Ulamak Tak Salah

Badan bukan kerajaan (NGO), Lawyers for Liberty, hari ini membela dan menyokong tindakan geng Cina DAP dan pembangkang yang bertindak memijak gambar pemimpin negara, DS Najib Razak dan Hadi Awang.

Siap persoalkan pulak tu, siapa dorang ni semua sampai gambar pun ada daulat tak boleh dipijak bagai!! Hamboihhhhh… Biadap sungguh kenyataan yang dikeluarkan oleh Propembangkang ni.

Menurut Eric Paulsen yang merupakan Pengarah Eksekutif  NGO berkenaan, dorang ada hak untuk memijak gambar sesiapa pun termasuk pemimpin negara sebab dalam undang-undang Malaysia takde pun dorang cakap yang pemimpin negara ni ada status istimewa yang kebal terhadap sebarang cela… Tambahnya lagi dorang juga takde mandat untuk menjadi seorang yang dilindung.

“Status mereka disisi undang-undang adalah sama dengan rakyat biasa dan mereka sepatutnya dilayan sama rata seperti yang termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya

So dalam pandangan Eric, kalau dorang pijak gambar ulama PAS, semua tu bukannya perbuatan jenayah hingga memaksa pihak polis untuk melakukan siasatan. Pihak polis jugak sepatutnya tak payah ambil kisah pun pasal ni sebab tu semua hal-hal remeh je. Elehhhh gambar orang lain pandai la cakap… Cer kalau gambar diri sendiri, tak rasa nak melenting ke??

"Bantahan seperti memijak gambar Hadi dan Najib bukan sesuatu yang luar biasa kerana terdapat banyak bantahan yang sama dilakukan." katanya lagi.

Sementara itu, Eric dengan slumbernya menyekolahkan pulak pihak polis… katanya lebih baik pihak polis bertindak secara profesional, adil dan cekap dalam memelihara undang-undang, ketenteraman awam, mencegah dan mengesan jenayah  daripada dok kisah pasal gambar dipijak tu. Buat pandai pulak nak atur kerja orang deni, chehhh!!!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment