Monday, September 07, 2015

MCA Tunjuk Rasis.. Marah Melayu Anti-Low Yat Tapi Sokong Cina Bersih

MCA hari ini menyatakan yang dorang memboikot dan menentang sekeras-kerasnya Himpunan Rakyat bersatu yang dikatakan bersifat Anti-Lowyat yang bakal diadakan tidak lama lagi di ibu negara. Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perhimpunan tue berkemungkinan bakal memecahbelahkan kaum.

Eh.. betulkah begitu?? Habis tu bagaimana dengan perhimpunan haram yang geng pembangkang tubuhkan sebelum ni tak dikira sebagai pecah belahkan pertalian kaum yang dah lama terjalin ke?? Apasal bila geng Melayu nak buat perhimpunan tak boleh tapi geng Cina dihalalkan pulak perhimpunan dorang? Nampak sangat berat sebelah!

MCA menetang perhimpunan Anti-Lowyat atas alasan penganjur perhimpunan tu tak dapat dikenal pasti, Cehhhhh tak logik langsung la alasan. Selain itu, Liow juga kononnya tak nak keharmonian dan ketenteraman kaum di negara ini terjejas dan lantas menyumbang pengaruh negatif dalm hubungan antara kaum.

"Kita bimbang perhimpunan tersebut akan mengeruhkan perpaduan kaum. Bukan mudah untuk membinanya, tetapi dalam masa sehari, sekejap sahaja boleh runtuh".

"Oleh itu kita mahu pihak berkuasa menyiasat mengenai perhimpunan berkenaan atas faktor-faktor keselamatan," kata Liow

Padahal perhimpunan yang bakal diadakan pada 16 September dan 10 Oktober di Bukit Bintang dan Jalan Petaling tu atas sebab tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4.0 yang telah menggangu dan mengancam kawasan perniagaan orang Melayu yang sememangnya menjadi tumpuan di Ibu Kota.

Haaaaa… Sedap-sedap geng dorang rosakkan perniagaan orang Melayu, lepas tu senang je dorang nak lepas tangan dan cakap yang perhimpunan Bersih takde tinggalkan kesan buruk. Sebenarnya pasal dorang la huru hara kat Malaysia ni terjadi haha!!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment