Monday, September 07, 2015
Clare Dedahkan Mahathir Jadi Keldai Yahudi Untuk Jatuhkan Malaysia
Dalam satu perbualan WhatsApp dengan Clare Rewcastle-Brown pada 19 Mac
2015 lalu, Kay Tat didakwa menulis (terjemahan): "Artikel anda
seolah-olah menggambarkan anda ingin menjatuhkan Perdana Menteri. Kami
dituduh bekerjasama dengan anda dengan tujuan menggulingkan PM (Perdana
Menteri)."
Rewcastle-Brown didakwa menjawab: "Saya yang menulis berita ini, bukan
anda. Penuhi komitmen anda dan saya akan pergi tanpa memberitahu
sesiapa." Beliau kemudian menyebut "mungkin kita telah mengubah hala
tuju sebuah negara".
Mesejnya pada Jun lalu berbunyi: "Kami merancang satu lagi pendedahan
sebelum pilihan raya negeri (Sarawak). Saya akan meraikannya apabila
Najib tumbang. Saya sudah mendapat beritanya menerusi orang Anwar. Saya
menggunakan Dr Mahathir untuk mendapatkan sumber maklumat lain."
Justo mendakwa dijanjikan AS$2 juta sebagai pertukaran data yang dicuri
daripada bekas majikannya. Dalam temu bual di penjara bersama akhbar
Straits Times Singapura baru-baru ini, Justo mendakwa tidak menerima
bayaran yang dijanjikan oleh seorang ahli perniagaan terkemuka dari
Malaysia.
Sumber Thailand kemudian mengesahkan Kooi Ong sebagai ahli perniagaan
terbabit. Menerusi satu lagi temu bual, Justo mendakwa persetujuan
berhubung urusan jual beli dokumen berkenaan dicapai di Singapura pada
Februari tahun ini, disusuli perbincangan panjang lebar mengenai kaedah
pembayaran terhadapnya.
Kumpulan individu yang ditemui Justo di Singapura bagi berunding soal
penjualan data terbabit, dinamakan dalam pengakuan 22 muka suratnya
kepada polis Thailand. Justo turut mengulangi apa yang dikatakan polis
Thailand baru-baru ini, iaitu pengakuannya disokong dengan dokumen
termasuk rekod perbualan WhatsApp dengan pembeli berkenaan.
"Apa yang ditulis dalam pengakuan saya itu, sebahagian besarnya
dibuktikan menerusi perbualan e-mel, mesej WhatsApp saya dengan mereka,"
katanya. Beliau mendakwa, Rewcastle-Brown bersetuju menerima AS$2 juta
daripada pembeli dan memberinya AS$250,000 (RM1.07 juta) sebulan sebagai
bayaran perkhidmatan rundingan.
"Saya tidak tahu sama ada dia menerima duit itu atau tidak, (kerana)
saya ditangkap. Saya tidak tahu," katanya. Sumber Thailand berkata,
dalam perbualan panjang lebar menerusi WhatsApp, Rewcastle-Brown turut
menjelaskan bagaimana beliau akan membantu Justo mendapatkan AS$2 juta
sebelum melakukan pengubahan wang haram.
Awalnya, beliau cuba menggunakan SJS Limited di Singapura bagi
menyalurkan dana berkenaan bersama abangnya yang juga Pengarah SJS,
Patrick Rewcastle. Pada 19 Mac, Rewcastle-Brown mengesahkan komisyen
bagi pemindahan haram itu dan berkata: "Lelaki itu mahu mengenakan
bayaran 67,000 Euro (RM321,929). Saya yakin dia tidak akan menipu."
Rewcastle-Brown kemudian menawarkan Dana Bruno Manser yang juga warga
Switzerland, sebagai saluran bayaran AS$2 juta itu dan pada 22 April
menulis: "Dia boleh membuat bayaran ke Dana Bruno Manser jika dia mahu."
Beliau akhirnya bersetuju menjual Sarawak Report untuk membayar Justo.
Berikut adalah sebahagian daripada terjemahan perbualannya dengan Justo:
19 Mei (4:32 petang): Dia ingin membayar menerusi syarikat BVI (British
Virgin Island)!! Ia akan kelihatan teruk dalam akaun rasmi saya! Saya
akan berbincang secara bersemuka. Itu lebih baik daripada berunding
dengan KT yang teruk itu.
19 Mei (4:37 petang): Mereka akan kata saya mengkritik syarikat BVI tapi saya sendiri menggunakannya. Aduh.
19 Mei (5:11 petang): Saya akan berkempen bagi mengelak tempat
berlindung cukai ini. Mereka akan menggelarkan saya hipokrit. Saya tidak
akan membuat bising sehingga saya berjumpa mereka dan mencari
penyelesaian dengan Tong.
Sebelum ini, Rewcastle-Brown menyifatkan dakwaan terhadapnya sebagai
mengarut. "Apa yang saya siarkan mengenai 1MDB dan diperjelaskan oleh
The Edge serta disokong beberapa sumber rasmi adalah penjelasan yang
konsisten, berbanding cerita 1MDB yang kerap dilihat mengelak serta
berubah," katanya.
Pada 24 Julai lalu, Kooi Ong dan Kay Tat mengeluarkan kenyataan sebagai
menjawab temu bual Justo yang disiarkan Straits Times. Kedua-duanya
mengaku memperdayakan Justo dan menganggap ia adalah satu-satunya cara
untuk mendapatkan bukti.
Mereka turut menegaskan tidak membayar sesiapa untuk mendapatkan berita
berkenaan. "Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan," kata mereka.
Polis Thailand menahan Justo, 48, pada 22 Jun lalu di kediaman mewahnya
di pulau peranginan Koh Samui. Bekas Ketua Teknologi Maklumat PetroSaudi
di pejabat London itu, mengaku mencuri data syarikat - bersaiz
kira-kira 90 gigabait - ketika meninggalkan PetroSaudi pada tahun 2011.
Beliau meminta lebih banyak bayaran daripada PetroSaudi pada 2013 tetapi
tidak diendahkan. Susulan itu, Justo diperkenalkan dengan
Rewcastle-Brown menerusi kenalan di Geneva yang mempunyai rangkaian di
Malaysia.
Justo kemudian menemui Rewcastle-Brown di Plaza Athenee di Bangkok dan
Fullerton Hotel di Singapura. Di Singapura, Rewcastle-Brown ditemani
oleh mereka yang dinamakan dalam pengakuan Justo.
Ketika dihubungi, Rewcastle-Brown, Kooi Ong dan Kay Tat tidak menjawab panggilan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment