Monday, September 07, 2015

Guling Kerajaan - Clare Brown Bersubahat Dengan Anwar, Mahathir dan Tony Pua?

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, yang bersubahat dengan beberapa pihak menentang Malaysia, dengan angkuh pernah memberitahu Xavier Andre Justo bahawa beliau sedang "mengubah masa depan sebuah negara" dan akan meraikannya dengan segelas Champagne sebaik "Najib tumbang".

Susulan hukuman penjara ke atas Justo pada 17 Ogos lalu, pendedahan terbaru menampakkan belang sebenar Rewcastle-Brown dan kesediaannya melanggar undang-undang dengan membantu Justo mengumpul AS$2 juta (RM8.62 juta) sebelum didakwa melakukan pengubahan wang haram sebagai bayaran e-mel yang dicuri daripada bekas majikannya, PetroSaudi International (PetroSaudi).

Justo, warga Switzerland, kini menjalani hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan memeras ugut bekas majikannya. Bagaimanapun, pasukan penyiasat Thailand bagi kes itu merungkai tahap kesungguhan Rewcastle-Brown bersama rakan subahatnya bagi menggulingkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak.

Menurut sumber yang rapat dengan pihak berkuasa Thailand, pendedahan itu antara lain merangkumi perbualan menerusi WhatsApp selama tiga bulan membabitkan Rewcastle-Brown, pengurusan kanan Kumpulan Media The Edge iaitu Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat serta Justo, yang menawar untuk menjual data dicurinya kepada pembida tertinggi.

Pada 15 Julai lalu, akhbar New Straits Times (NST) melaporkan kenyataan bekas editor Sarawak Report yang mendakwa Rewcastle-Brown memalsukan beberapa dokumen untuk memfitnah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Najib, menerusi beberapa pendedahan portal berita itu.

Editor terbabit, Lester Melanyi, dikatakan turut menamakan beberapa individu termasuk ahli politik terkemuka pembangkang sebagai antara yang terbabit dalam konspirasi menggulingkan kerajaan.

Perbualan di WhatsApp itu, kata sumber, turut mendedahkan keakraban hubungan Rewcastle-Brown dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara; Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment