Monday, September 07, 2015
Bekas Menteri BN Sokong BERSIH?
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari
ini mendakwa Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan sengaja mencari kesalahan Bersih
yang mengadakan perhimpunan hujung bulan lepas.
Saifuddin berkata, Rahman Dahlan sengaja mencari kesalahan yang
dilakukan penganjur Bersih 4.0 yang diibaratkannya seperti menegakkan
benang yang basah.
Kata Saifuddin, terbukti perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan tidak
menyalahi mana-mana peraturan, malah perhimpunan yang diadakan itu turut
berjalan dengan berhemah tidak seperti sebelum ini yang penuh dengan
kekecohan.
Tambah Saifudin demi mencari kesalahan Bersih, Rahman Dahlan sanggup
menggali apa jua untuk melihat seolah-olah Bersih telah melakukan
kesalahan walaupun kesalahan itu hanya kecil.
"Setelah kantoi kerana Bersih 4.0 aman dan tak kecoh seperti yang
diharapkannya, maka kini mereka cari dan cipta apa saja kesalahan walau
paling kecil/remeh sekalipun.
"Pokoknya, Bersih 4.0 mesti dipersalahkan dan dihukum dikenakan caj kebersihan," kata Saifuddin.
Saifuddin yang menyentuh mengenai bil yang dihantar ke alamat pejabat
Bersih yang salah berkata, perkara seperti itu pun hendak dihebohkan
oleh Rahman Dahlah, walhal perkara itu boleh diselesaikan.
Saifuddin berkata, Rahman Dahlan sengaja mencari publisiti murahan
dengan menuduh Bersih sengaja memberi alamat yang salah untuk mengelak
dari dikenakan denda bayaran sebanyak RM65,000.
"Siap ambil gambar pejabat Bersih dan kutuk pejabat tu kononnya kotor. Tahu-tahu bil dihantar ke alamat yang salah," katanya.
Sedap betul Saifuddin mengata kerajaan sengaja mencari kesalahan Bersih.
Betul ke Bersih tak ada kesalahan semasa mengadakan perhimpunan haram
tempoh hari??
Peserta yang kencing merata-rata, merosakkan pokok bunga di ibu kota itu
bukan satu kesalahan ke?? Yang paling kurang ajar siap pijak gambar
pemimpin tu bukan kesalahan ke??
Lagi satu kalau dah bagi alamat pejabat tu bagi laa yang betul punya...
wat apa bagi alamat tipu.. takut nak bayar ke?? ke duit 'sponsor'
perhimpunan tu dah habis buat belanja sendiri??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment