Thursday, September 03, 2015
Nizar Sanggup SAMAN Pesuruhjaya PAS Perak Demi DAP
Eshhhh..eshhh..eshhh…sayang sungguh noh bekas Menteri Besar Perak, Datuk
Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ni dekat DAP, sampai sanggup nak naik
turun mahkamah semata-mata nak pertahankan kenyataan yang dia tak sokong
pendekatan DAP. Yeke?? Tak sokong la sangat kannnn.
Nizar hari ini menfailkan saman berjumlah 3juta terhadap Persuruhjaya
PAS Perak, Razman Zakaria sebab keluarkan kenyataan berunsur fitnah ke
atas dirinya. Bagi Nizar, kononnya kenyataan yang dikeluarkan Razman tu
seperti menggelar dirinya pengkianat agama Islam dan bangsa Melayu..
Umpama cacai kepada DAP.
Mana tidaknya kalau dia dikatakan tidak peka terhadap sensitiviti dan
kepentingan bangsa Melayu. Pedas bebbbb kenyataan Razman ni…sentap terus
si Nizar nih sebab tu sampai ajak fight dekat mahkamah.
Kenyataan yang katanya fitnah itu terpampang melalui akhbar Sinar Harian
Edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk : Pendekatan Nizar mirip
DAP.
“PAS mendokong Melayu Islam dan sultan tetapi Nizar seolah-olah
memandang enteng dan kekal komited dengan periuangan DAP sebagai parti
yang menyokong pendekatan Negara sekular.”
“Daripada mencemarkan imej parti adalah lebih baik beliau menyertai DAP,
kita tak mahu dalam PAS ini dipenuhi dengan individu-individu yang
bersifat oportunis dan membelakangkan perjuangan parti”
Iye tak ye jugak kan… Dari sokong pendekatan negara secular lebih baik
berambus je terus haaa… Daftar masuk DAP terus macam yang diperkatakan
Razman. Lepas je berita tu tersebar, apa lagi malu besar la si Nizar…
Mana dia nak letak muka tu haaa.
Habis geng PAS dan member-member politik pulau dia dan pandang sebelah
mata je. Musuh-musuh ketat Nizar pulak apa lagi ambil kesempatan ler nak
menjatuhkannya. Demi nak pertahankan diri sendiri dari tuduhan jilat
bontot DAP, Nizar menafikan tuduhan tersebut dan katanya tue semua tak
berasas dan tak masuk akal langsung!
So demi DAP dan diri sendiri, Nizar pun seretlah Razman ke Mahkamah
Tinggi Ipoh pada 12 Oktober 2015 jam 9.00 pagi untuk pengurusan kes.
Writ saman dan pernyataan tuntutan melalui Tetuan Awi & Co bertarikh
14 Ogos 2015...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment