Thursday, September 03, 2015

Mahathir Hilang Maruah Di Usia Tua...

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengeluarkan statement bahawa ketua-ketua UMNO bahagian telah dirasuah, akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memfitnah.

Statement itu dikeluarkan masa beliau berucap di perhimpunan Bersih 4 yang dijalankan tempoh hari. Siasat pihak polis akan dijalankan selepas satu laporan polis telah dibuat oleh seorang ketua Umno bahagian. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak dorang akan mengambil keterangan dari Tun Mahathir dalam waktu terdekat ini.

"Kita perlu merakam percakapan dia kerana kita sudah menerima laporan polis yang dibuat oleh ketua bahagaian Umno dan kenyataan yang Tun buat berkenaan rasuah," katanya pada sidang media di IFSEC Southeast Asia di Kuala Lumpur hari ini.

Tapi tarikh bila dorang akan panggil Tun Mahathir tidak diberitahu buat masa sekarang ni sebab sekarang ni Tun Mahathir masih lagi ada di Jordan. Ditanya juga soal hak layanan istimewa untuk negarawan, Khalid enggan mengulas.

"Saya tidak mahu bincang mengenai itu sekarang (hak istimewa). Tetapi semestinya dia seorang negarawan. Jadi kita perlu menjaga seorang negarawan kita dengan sebaik-baiknya.

"Tetapi tanggungjawab polis di mana laporan polis dibuat dan satu kesalahan berlaku. Kita perlu menjalankan siasatan dan menjadi SOP siastaan kita bahawa keterangan-keterangan mereka yang terlibat perlu dirakam," katanya.

Agak-agak korang la kan… Apa agaknya ek nasib yang bakal menimpa Tun Mahathir?? Bersalah atau tidak ye?? Sama-sama la kita tunggu siasatan selesai.. Nak jugak tahu apa yang Tok Det nak cakap pasal tuduhan tu...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment